CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1557|Reply: 41

[Tempatan] Ramai orang Malaysia masih mencangkung di atas tandas duduk kerana tabiat persendirian dan juga faktor kebersihan kata Pengerusi Persatuan Bilik Air Berkualiti, Hasan Hamzah.Anda terkejut?

  [Copy link]
Post time 24-5-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-5-2023 12:13 AM


PETALING JAYA – Walaupun adab orang Malaysia ketika menggunakan tandas awam telah bertambah baik, tetapi perubahan yang signifikan masih tidak berlaku.

Perangai buruk pengguna tandas termasuk merokok, membiarkan paip diletakkan di atas lantai, membuang sampah, menconteng dinding serta bersembang dalam bilik air.

Pengerusi Persatuan Bilik Air Berkualiti, Hasan Hamzah berkata, ramai orang Malaysia antaranya masih mencangkung di atas tandas duduk kerana tabiat persendirian dan juga faktor kebersihan.

“Amalan ini sebenarnya sangat bahaya kerana pengguna tandas mungkin tergelincir dan mangkuk tandas duduk juga mungkin pecah kerana tidak dapat menampung berat,” katanya kepada Sinchew Daily

Beliau berkata, masalah di bilik air lelaki adalah pengguna tidak membersihkan tandas selepas menggunakannya serta air kencing di lantai yang menyebabkan bau busuk.

“Walaupun bilik air secara keseluruhannya nampak bersih, tetapi bau busuk akan menjejaskan pengalaman pengguna,” katanya.

Menurutnya lagi, tandas perempuan pula berlaku kes tuala wanita yang menyumbatkan tandas dan sistem pembentungan seluruh bangunan.

Hasan berkata,  bilik air yang baik perlu mengambil kira tiga kriteria penting iaitu rekaan yang baik, mesra alam dan penyenggaraan secara kerap.

“Anda mungkin terkejut kerana kami mendapati jika satu bilik air itu bersih, selesa, cantik dan mesra pengguna, maka kes merosakkan tandas juga hampir tidak akan berlaku.

“Ini mungkin berkaitan dengan sifat manusia yang tidak mahu menyebabkan kerosakan apabila mereka melihat sesuatu yang indah.

“Keadaan sebaliknya akan berlaku jika pengguna tidak berpuas hati dengan satu tandas, contohnya tiada air. Saya berpendapat mereka mungkin melakukan kerosakan kerana berasa marah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kementeriannya akan mengumumkan garis panduan dan piawaian untuk mencapai standard A kebersihan tandas dalam dua bulan akan datang.

Katanya, terdapat 26,000 tandas awam di seluruh negara termasuk di restoran, pusat penjaja, stesen minyak dan hentian rehat dan rawat lebuh raya.

Beliau berkata, polisi tidak memperbaharui lesen perniagaan untuk premis yang mempunyai tandas kotor akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Januari tahun depan.

“Dasar ini akan bermula 1 Januari 2024 dengan bilik air di hotel, restoran dan kafe yang dikawal selia dewan bandar raya dan mereka harus mencapai standard A sebelum lesen mereka diperbaharui.

“Dasar sama akan diperluaskan kepada majlis perbandaran pada 1 Januari 2025 dan majlis daerah pada 1 Januari 2026,” katanya.

Secara umumnya, bilik air yang baik harus menepati prinsip BMW iaitu bersih, menawan dan wangi. – MalaysiaGazette




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
So, install la tandas cangkung byk2... Most of Malaysian use bidet... Yg suka tandas duduk ni biasanya ada keperluan khusus dan mereka yg cuma cuci pakai selet tissue je
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah lah nak duduk ke mencangkung ke....jangan roboh jamban tu dah lah. And make sure tandas bersih sebelum keluar. Nanti hantu jamban ikut padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
aku vote for jamban duduk... tp mmg jijik yer nk guna kalo kt public toilet
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Invest la sikit kat mende alah ni. Tak berapa sen je.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 24-5-2023 05:27 AM
Invest la sikit kat mende alah ni. Tak berapa sen je.

Hancur ke? Dulu ada beli, tapi macam tak hancur je. Ada sikit2 macam kertas baking.

Selalu tandas sumbat pun tulis jangan buang tisu ke dalam lubang tandas,apatah lagi bendalah ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2023 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang tandas duduk ni org dah tua mmg perlu. Sbb tak boleh nak mencangkung lama2. Tp kalo org muda2 ni yg pembersih akan prefer tandas cangkung, yg tk kisah akan guna je tandas duduk.

Attitude org malaysia ni masih jauh ketinggalan dgn bangsa yg bertamadun cth jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 24-5-2023 05:27 AM
Invest la sikit kat mende alah ni. Tak berapa sen je.

Aku selalu guna toilet paper buat camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 24-5-2023 05:53 AM
Hancur ke? Dulu ada beli, tapi macam tak hancur je. Ada sikit2 macam kertas baking.

Selalu tandas ...

Memang tisu paper akan buat tandas tersumbat sebab material diperbuat dari kalsium
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hudalarva replied at 24-5-2023 01:37 AM
So, install la tandas cangkung byk2... Most of Malaysian use bidet... Yg suka tandas duduk ni biasan ...

Kann..ini sana sini penuh dgn tandas duduk..sedangkn ramai yg dok q nk masuk tandas cankung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat2 yg cangkung tu la punca jd kotor seat tu
Satu lagi jenis kencing atas lantai abis basah jijik
Pakai elok2 la bangsat oii
Nyusahkan org betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 24-5-2023 06:51 AM
Memang tisu paper akan buat tandas tersumbat sebab material diperbuat dari kalsium

Rasanya yang buang tisu ni,bukan tisu tandas, atau tisu tandas yang tak hancur. Saya perasan ada tisu tandas payah nak hancur, dan ada senang nak hancur.
Lagi satu yang tarik panjang2 bermeter2,dah tu dump sekali masuk lubang.

Kawan saya dulu gitu la buat tisu kat tempat kerja, banyak betul dia gulung,rasanya esok jadi majikan,dia mesti kedekut nak bagi tisu tandas kat pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 24-5-2023 07:15 AM

Tandas sumbat tu sbb g basuh pad pastu buang bhgn kapas tu dlm tandas.
Ko kat public toilet kan?kalau nak basuh pun kejap2 jela takpun balut dan bungkus elok2 kendian buang pad tu dlm tong sampah khas dia tu.
Bila basuh pastu buang plak kapas dlm tu abis la sumbat tandas tu blm lagi berdeneh lantai ngn kesan darah korang duk cuci tu.
Pastu lantai tandas tu basah kuyup ngn air hmmmm..
Dah tau org beratur panjang kat luar dia pentingkan diri duk menyental pad lelama. Kat umah takpela nak lama2 membasuh ini kat public toilet kot.
Org pompuan semua menda lama dan terhegeh2, pi kencing pun lama. Berak pun lama, tukar pad lama, amik wuduk lama.
Jenis selfish org lain kena tunggu dia lama2 sbb tu tandas pompuan selalu penuh dan barisan panjang sbb manusia2 gini laa
Kat surau pun sama ada masa lak dia nak berwirid bagai sedangkan dah ramai yg duk berdiri tunggu turn nak solat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gemuk ke tua Tak leh cangkung . .
Klau tempat aku prefer tandas cangkung.. tapi aku Tak faham ,kenapa masih ramai Tak tahu guna tandas dengan betul . Siap ada tempat atas jamban duduk tu letak besi ke apa supaya orang Tak cangkung atas tu.lepas tu segala sampah baik tisu ,pad buang dalam tu...ada pulak yg boleh membaca dlm tandas,dah lama orang menunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 24-5-2023 04:53 AM
Hancur ke? Dulu ada beli, tapi macam tak hancur je. Ada sikit2 macam kertas baking.

Selalu tandas ...

Tisu tandas zaman skrg dan material alas duduk ni boleh hancur kalau flush skali.. benda ni ada jual kat daiso.. shopee pun ada.. mmg x lalu la kan nk tadah bonbon x berlapik kat tandas awam.. kalau terlupa bawak, boleh alas dengan tisu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hudalarva replied at 24-5-2023 01:37 AM
So, install la tandas cangkung byk2... Most of Malaysian use bidet... Yg suka tandas duduk ni biasan ...

Yihhh bencilah akak tandas cangkung sissy. Nak kena tanggalkan seluar sampai habis ni perlukan kesabaran yang tinggi gaytoh sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tandas duduk untuk sendiri guna boleh la.
Tapi kat luar selesa cangkung sebab geli la nak share2 lagipun orang yang guna sebelum tu tahap kebersihan n kesihatan dia macam mana.

Tapi terpaling hanat sejenis membuang tak reti nak flush. Pengotor.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Gosok dgn handsanitzer sebelum alas dgn tisu tempat duduk tu.

Problem tempat kita tandas tak pernah kering dari air.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 24-5-2023 07:30 AM
Yihhh bencilah akak tandas cangkung sissy. Nak kena tanggalkan seluar sampai habis ni perlukan kes ...

Omg sis... Sama je konsepnya mcm tandas duduk, just tarik sikit je kasi lepas time cangkung Puas, lawas, bersih
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 08:35 AM | Show all posts
totally support effort kpkt nk upgrade kan public toilet

public toilet kt rnr skrg bnyk yg bagus2 dh
cleaner sentiasa dtg cuci
guna blower bagai utk bg cpt kering lantai dan jgk utk hala bau keluar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.071898 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list