CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

RUU Anti Ulat Tiket Akan Diteliti

[Copy link]
Post time 23-5-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Langkah untuk mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan anti ulat tiket akan dibincang dalam masa terdekat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai peneraju.


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, undang-undang tersebut bagi menangani masalah ulat tiket yang wujud sejak sekian lama.


“Saya telah bincang dengan Datuk Seri Salahuddin Ayub memang pada waktu ini di Malaysia kita belum ada undang-undang yang bersifat anti ulat tiket dan oleh sebab itu kita akan teliti bersama dengan kementerian lain yang mungkin menganjurkan aktiviti, program yang ada aspek penjualan tiket sama ada secara dalam talian atau tidak ada.




FB




“Jadi penting untuk melihat apa peruntukan undang-undang yang boleh diwujudkan untuk mengelak masalah ulat tiket ini daripada berulang di masa depan,” katanya pada sidang akhbar berkaitan penjualan semula tiket konsert Coldplay dengan harga tinggi di Parlimen hari ini.


Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, kebanyakan kes ulat tiket berlaku bukan hanya melibatkan konsert besar, sebaliknya turut melibatkan pertandingan bola sepak dan sambutan sesuatu perayaan.


“Jadi kita akan teliti kesesuaian, pengalaman negara luar juga diambil kira.


“Kita akan cuba tidak lama dari sekarang, pertemuan pada waktu ini kita nak mula proses siasatan selepas itu dapatannya akan membantu kami merangka perbincangan dengan agensi dan kementerian lain untuk meneliti RUU berkaitan,” jelasnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.392255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list