CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2246|Reply: 4

remaja kne potong anggota badan

[Copy link]
Post time 12-12-2010 09:02 PM | Show all posts |Read mode
BENTONG: Mayat seorang perempuan yang dipotong beberapa
bahagian badannya ditemui di kawasan gaung berhampiran sebuah tokong Cina,
Gohtong Jaya, Genting Highlands, semalam.
        Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mansor Mohamad Noor, berkatabeberapa anggota badan mayat itu ditemui orang awam di kawasan gaung di km2.3
Jalan Genting Highlands pada jam 5 petang.

"Orang awam menemui kaki kiri dan tangan kanan dan melaporkannya kepada
polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
       
Beliau berkata, polis yang melancarkan gerakan mencari kemudiannya menemui
sebuah beg yang mengandungi kepala dan badan tanpa kedua-dua tangan dan kakipada jam 12.30 tengah hari ini.
       
Beg itu ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat sebelah tangan dan
sebelah kaki mangsa ditemui.

Dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis
percaya mangsa ialah seorang remaja perempuan.
       
Mohamad Mansor , berkata anggota bahagian kaki kanan dan tangan kiri belum
ditemui dan polis kini meneruskan operasi mencari dua lagi anggota badan mangsa
yang hilang itu.
       
"Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam lepas," katanya.
       
Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTTA) Kuantan untuk bedah siasat.
       
Orang awam yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.







p/s : ada sesiapa jumpa anggota bahagian kaki kanan dan tangan kiri mangsa ??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2010 10:57 PM | Show all posts
erkkkkkkkkk kejam nye
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:52 AM | Show all posts
ni mesti pasal dendam
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 08:10 PM | Show all posts
apa dah jadi dgn manusia zaman skrg nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:26 AM | Show all posts
dasyat......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.132276 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list