CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 4

Dah Tak Pegang Apa-Apa Jawatan, Tun Mahathir Tinggalkan GTA

[Copy link]
Post time 12-5-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Jitra: Selepas tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Gerakan Tanah Air (GTA) .


Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas menyedari GTA tidak mampu dan gagal menarik sokongan pengundi ketika PRU-15 lalu.


Jelasnya, beliau kini memilih bergerak sebagai mewakili dan berjuang untuk masyarakat melalui Proklamasi Orang Melayu, selepas enggan terbabit dengan mana-mana parti politik.




Foto: Harian Metro




"Jawatan Pengerusi GTA itu perkara lama, saya tidak ada (sebarang jawatan) lagi. (Penubuhan) GTA tidak jadi, ia tidak membantu kita (menang PRU-15) kerana ia parti politik.


"Kita dapati kalau bergerak sebagai parti, kita tidak boleh menang, kita sudah lawan dalam PRU15, GTA dan Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) kalah 125 kerusi.


"GTA kita tidak dapat daftar, GTA tak dapat berfungsi (sebagai parti politik) dan tidak dapat bergerak," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini, malam tadi.


Dr Mahathir pada Februari lalu, mengumumkan keluar Pejuang bersama 12 ahli lain berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan bersama GTA, namun kekal sebagai Pengerusi GTA.


Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, Proklamasi Orang Melayu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri.


Katanya, jika penyatuan dalam kalangan orang Melayu tidak dicapai, maka kedudukan kaum itu akan semakin terhakis dari hari ke hari.


"roklamasi Orang Melayu adalah perjuangan bagi mengingatkan orang Melayu agar tidak leka, tidak jual tanah mereka, tuntut kembali hak mereka. Sepatutnya kita mampu berdiri tapi ramai orang Melayu masih miskin.


"Jika orang Melayu tidak sedar perkara ini dan biarkan negara dipimpin mereka yang mencuri dan merompak, orang Melayu akan terus ketinggalan," katanya.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2023 10:51 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 12-5-2023 11:55 AM

Demi nak jadi PM balik.apa saja Atok sanggup buat..



Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 10:57 AM | Show all posts
Proklamasi Orang Melayu

tak sudah2 meratib melayu ke kiri ke kana.. hanat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm org gila je saka tua ni.hidup x tenang.kalo x meratib anwar ...meroyan psl politik.dahla skrg org x peduli pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2023 11:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041627 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list