CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

Marquez kembali tanpa sebarang penalti

[Copy link]
Post time 10-5-2023 02:35 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ terselamat daripada hukuman penalti. FOTO AFP

London: Penunggang Honda, Marc Marquez tidak akan dikenakan hukuman penalti 'long lap' yang dikenakan atas kemalangannya dengan Miguel Oliveira di Portugal, kata Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Marquez menerima hukuman berkenaan bulan lalu selepas juara enam kali itu menyebabkan kemalangan dengan Oliveira dengan kedua-duanya tersingkir pada pembukaan musim.

Marquez memohon maaf atas kesilapannya dan menerima penalti berkenaan untuk pusingan kedua di Argentina, tetapi kemudiannya diketepikan daripada perlumbaan kerana patah tangan yang juga memaksanya tidak beraksi di Grand Prix Sepanyol.

Mahkamah Rayuan menganggap hukuman yang dikenakan ke atas pelumba Sepanyol itu sudah selesai selepas dia tidak beraksi di Argentina.

"Marc Marquez dibenarkan bertanding dalam perlumbaan seterusnya di mana dia boleh menyertainya, tanpa sebarang sekatan penalti," kata FIM dalam satu kenyataan.

Marquez, yang memenangi gelaran terakhirnya pada 2019, hanya meraih tujuh mata musim ini selepas menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan pecut di Portugal.

Pelumba berusia 30 tahun itu menyasarkan kembali pada pusingan seterusnya di Grand Prix Perancis di Le Mans, yang akan menjadi tuan rumah Grand Prix ke-1,000 dalam sejarah.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pa-sebarang-penalti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.109659 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list