View: 226|Reply: 0
|
Hakim Danish buka kempen ETC dengan podium
[Copy link]
|
|
Hakim Danish berada di podium di kedudukan ketiga dalam Perlumbaan 1 pada ETC di Litar Estoril, Portugal, hari ini. - Ihsan ZK Racing
PETALING JAYA – Jaguh dalam pembikinan negara, Hakim Danish Ramli meneruskan momentum cemerlang dalam perlumbaan dua roda sejurus berjaya meletakkan namanya di podium pada Perlumbaan 1 European Talent Cup (ETC) 2023 yang berlangsung di Litar Estoril, Portugal sebentar tadi.
Pada saingan tersebut, Hakim Danish yang memulakan saingan di petak utama tampil dengan tunggangan terbaik selepas pelumba berusia 16 tahun itu beberapa kali cuba memintas pelumba dari Sepanyol, Brian Uriarte untuk memburu tempat pertama.
Bagaimanapun, Hakim Danish yang mewakili pasukan Monlau Motul akur mencatat keputusan podium tempat ketiga selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 26 minit 49.306 saat (s).
Uriarte yang beraksi bersama pasukan Team Estrella Galicia 0,0 muncul juara saingan itu manakala Rico Salmela dari Finland berada menamatkan perlumbaan tempat kedua (26:49.291s).
Pada Perlumbaan 2, impian pelumba kelahiran Terengganu tersebut untuk menaiki podium sekali lagi tidak kesampaian selepas terjatuh berpunca dari kesilapan pelumba Itali, Guido Pini yang melakukan kesilapan sebelum melanggar Hakim Danish pada baki dua pusingan terakhir.
Akibat kemalangan tersebut, Uriarte terus mencuri tumpuan apabila muncul juara perlumbaan pembukan ETC berturut-turut selepas menamatkan perlumbaan 2 dengan kemenangan dengan catatan 26:51.831s. Maximo Quiles dari Aspar Junior Team tempat menamatkan saingan tempat kedua diikuti David Gonzales tempat ketiga.
Hasil keputusan tersebut, Uriarte kini mendahului carta kedudukan pelumba dengan 50 mata diikuti rakan senegaranya, Quiles tangga kedua dengan 33 mata dan Rico Salmela dari Finland tangga ketiga dengan 30 mata.
Hakim Danish yang gagal meraih sebarang mata pada perlumbaan 2 jatuh di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan mengutip 16 mata.
Sebagia rekod, keputusan podium tersebut adalah yang kedua dicatat Hakim Danish musim ini, setelah dia turut berjaya berbuat demikian dalam Perlumbaan 2 pada Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Antarabangsa Algarve juga di Portugal, Mac lalu.
Perlumbaan positif Hakim Danish di ETC adalah yang terbaik baginya untuk terus memburu kemenangan pertamanya dalam saingan tersebut kerana pada tahun lalu dia pernah menaiki podium sebanyak dua kali. -KOSMO! Online
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -etc-dengan-podium/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|