|
Allah maha adil dan penyayang. tapi knape diciptakan orang yg mendapat hidayah dan tidak, kemudian Allah memasukkan yg tidak dapat ke dalam api neraka? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by SiNoob at 11-12-2010 14:30
Reply 1# pazi
Allah memberi hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya..menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya..
menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya..
mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya..
Walaupun perkataan yang digunakan ialah yang dikehendakiNya..
Sebenarnya dikehendakiNya itu mengikut undang-undang dan
ketetapan yang ada disisinya..
Sebagai contoh al quran menjadi petunjuk..
Siapa yang ikhlas ikut al quran dia akan mendapat petunjuk dari Allah swt..
Mereka itulah golongan yang dikehendaki oleh Allah swt untuk mendapat petunjuk..
So siapa yang tidak ikhlas menurut al quran tidaklah mendapat petunjuk dari Allah swt..
So mereka itulah yang dikehendaki oleh Allah swt untuk disesatkan..
Sesiapa yang bertaubat dan bersungguh-sungguh mohon keampunan..
Merekalah yang dikehendaki oleh Allah swt untuk diampunkan..
Siapa yang mengerjakan kezaliman dan tidak bertaubat..
Merekalah yang dikehendaki oleh Allah swt untuk diseksa..
Contoh yang saya jelaskan tadi bukanlah perkara yang mutlak..
Dengan rahmat dari Allah swt berbagai perkara boleh terjadi..
Sebagai contoh orang yang berada di dalam kesesatan..
Allah swt memberi dia ujian pada kesihatan atau hartanya..
dan dia bertaubat..Insya Allah dia berada dalam kalangan yang diampunkan..
Ada juga orang yang Allah beri dia ujian sama..
Tapi menambahkan kesesatan padanya..
Mereka inilah yang Allah mengkehendaki disesatkan..
Saudara boleh rujuk pada quran..
Insya Allah saudara akan lebih paham..
Semuanya telah dijelaskan dengan terperinci di dalam al quran..
Semoga Allah swt memberikan petunjuk pada kita.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|