CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

Gempar!! lagi pasangan pelakon pun bercerai juga...

  [Copy link]
Post time 8-5-2023 11:10 AM | Show all posts
semoga tak jadi la cerai. suka pasangan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 11:24 AM | Show all posts
klu LH dan Beego yg dispeku moga ada sinar utk dedua
LH ni berlakon bgs tp syg sunyi sepi lps kawen
bab muka cantik etc tu depends pd mata memsg
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 11:42 AM | Show all posts
ayu_v6 replied at 7-5-2023 11:47 AM
Linda bukan kakak buzen.. kakak Linda kawin dengan abg si buzen, buzen mmg ada kakak pelakon kanak2  ...

Buzen ni sapa sebenarnya??
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 11:58 AM | Show all posts
iolss baca kat FB Page HotFM. dorg cerai 27 Mac 23, rujuk 9 April (dlm temph edah). g mahkamah nak batalkan tuntutan nafkah n hak jagaan anak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2023 12:00 PM | Show all posts
hmm dah ada official ke?? siapa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2023 12:32 PM | Show all posts
LadyWhistledown replied at 8-5-2023 11:10 AM
semoga tak jadi la cerai. suka pasangan ni..

Linda, Beego bercerai tapi rujuk semula


Linda dan suaminya, Beego hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini. FOTO Genes Gulitah


Kuala Lumpur: Pelakon Linda Hashim, 39, dan suaminya juga pelakon Beego, 43, mengesahkan mereka pernah bercerai pada 27 Mac lalu, namun jodoh masih panjang apabila rujuk semula ketika masih dalam edah pada 9 April lalu.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim ditemui berkata, perceraian dia dan suaminya itu berlaku disebabkan tiada persefahaman selain kurang berkomunikasi.

"Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.

"Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Linda hadir bersama Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Sementara itu, Beego berkata apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka adalah asam garam dalam perhubungan setiap pasangan suami dan isteri berkahwin.

"Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin itu akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.

"Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak," katanya.




Beego berkata, dia dan isterinya selama ini tidak berkongsikan paparan kisah kehidupan mereka di media sosial. Bagaimanapun, dia tidak menduga masalah rumah tangga dan perceraian mereka diketahui media.

"Saya terkejut kedatangan kami ke mahkamah pagi ini diketahui media. Ini kerana, saya berusaha menyembunyikan kisah rumah tangga kami kerana melihat ramai pasangan selebriti kini berhadapan masalah rumah tangga," katanya.

Terdahulu, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelakon wanita turut berdepan masalah rumah tangga dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... utm_medium=trending

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 01:11 PM | Show all posts
Ala, linda buat veneer ke tu? Suka tgk gigi ori dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2023 01:18 PM | Show all posts
Linda Hashim buang ego, banyak berdoa selamatkan rumah tangga
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau bkn sbb penyondol atau kewangan mcm x logik je bercerai sbb xde persefahaman. Rasanye mesti masalah kewangan faktor jgk. Tgk pd beego pun berlakon x byk mne pun skrg. Linda ada la bt bisnes sikit2. Rasa ada masalah nafkah jgk tu si beego. Tp fikir2 balik nk cerai kt mlysia ni pun guna byk duit jgk. Lebih baik la stay je kot. Dah cerai,  dah susah nk kena cari rmh lain plak tu nk pindah kos sume tu,  kos lawyer lg,  kereta plak lg klu cuma ada 1 kereta share nk kena beli bru plak nk deposit. Mcm2 la kos. Cousin Iolls dulu pernh la terdetik nk bercerai tp memikirkn kos alih2 stay je la,  alhamdullah lps tu masing2 muhasabah diri n rezeki bertmbah lg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 8-5-2023 01:39 PM
Klau bkn sbb penyondol atau kewangan mcm x logik je bercerai sbb xde persefahaman. Rasanye mesti mas ...

Ada betul jg masalh kewangan. Nk tukar lifestyle bukn mudah. Moga hubungan mrk bertambah baik dn belajar dr kesilapan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 04:38 PM | Show all posts
semoga dipermudah segala urusan pasangan yang mengalami masalah rumah tangga...ameen
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki bini ni, takkan terlepas dari masalah rumahtangga. Kalau laki miskin isunya adalah nafkah. Kalau laki kaya isunya adalah penyondol. So pandai pandailah masing2 settle kan selagi ada cinta dan kasih sayang. Kadang2 isu isu ni datang dlm hidup sebagai ujian aje. Kalau hati boleh bertahan boleh je settle semua tu. Tapi kalau isu dadah, judi, pukul - tinggalkan ajelah. Itu bukan senang nak berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn confuse lak dgn Linda Hashim Que..

Apapun alhamdulilah bersama kembali, moga lebih bahagia dan perbaiki komunikasi, mslh pendam di hati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058706 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list