CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26632|Reply: 560

Pendedahan ex poundex product timbang kilometrico

  [Copy link]
Post time 2-5-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PENDEDAHAN EX-FOUNDER... Aku post kat sini sbb ade retis2 kita yang gigih tayang harta....
Sewa lambo kuning kejap je
Aku mulakan dgn '' boleh bah kalau kau''
Assalamualaikum semua, aku sebagai ex founder nak reveal sikit pengalaman buat bisnes tahun 2016 dahulu.

1. GENG FOUNDER
Atas ajakan rakan , aku sertai komuniti founder berpusat di negeri Vlantan.  Diorang invite sebab diorang kata aku ada rupa dan boleh success. Kalau korang pernah tengok satu video founder2 berkumpul OOTD dalam sebuah rumah , ha geng tu la. Aku pun ada , tapi sebagai picisan je. Sebab aku bukan bangsa K , so taraf aku jatuh gred B atau C je.

2. SUPPLIER
Kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Vlantan , Kedah , Selangor , Perak dan Selangor.  Aku dulu guna kilang di Jalan Klang Lama. Femes sebab time tu dia banyak jadi supplier Pomade. Masa aku lawat kilang , banyak spot banyak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri. Rupanya OEM juga. ????.

Geng lain ada yang suggest pakai kilang thailand. Jauh lebih murah. Tapi disebabkan aku di Klang Valley , saya ambil disini saja. Lagipun diorang taknak bagi aku deal sendiri dengan kilang. Kena melalui diorang. Mungkin sebab aku bukan bangsa K. Produk Thailand juga dikenali Timbang Kilo , seperti gambar. Tak tau macam mana diseludup masuk tapi packaging kena buat sendiri.

3. PERBINCANGAN
Masa discuss dengan kilang , aku buat keputusan nak buat Krim Muka. Kilang listkan nak bau macam mana , bentuk macam mana . Ketika tu takda packaging. Buat diluar dan hantar ke kilang. MOQ minimum 500pcs. Satu jatuh kos RM 10.80. Aku boleh jual retail dalam RM30. Kilang tu sendiri akan uruskan dapat NOT KKM.  Kalau buat di kilang thailand , kos modal quote dalam RM 3.40 (seplastik) tapi urusan KKM aku kena uruskan sendiri. Kalau korang ingat ada founder yang produk dia kantoi ada merkuri , haa dia pakai kilang Thailand la tu.

4. MODAL.
Kos produk awal dalam 15k. Kos marketing spend minimum dalam 30k termasuk sewa kereta , rumah dan fb/ig ads. Waktu tu tiktok orang tak pakai sangat dalam bisnes. So aku buat loan 40k dan tambah sikit duit simpanan dalam 10k.

5. DATABASE
Waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit. Tak ingat berapa tapi dalam 5k jugak. Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu je mindset dia , produk baru , jadi yang terawal  jual cepat2. Lepas tu cari produk lain.

6. MARKETING
Ada beberapa founder yang memang ada kereta super mewah akan bantu bagi kereta kat kami untuk marketing. Pilih je nak kereta apa.  NAMA AKAN DITUKAR SEMENTARA KEPADA NAMA KAMI. TERMASUK INTERCHANGE NUMBER PLAT DAN SPRAY WARNA BARU. Dan ada agreement. Biasanya tempoh sewaan dalam 3 bulan ke setahun. Takda bayaran dikenakan. Cuma mereka nak percent daripada jumlah keuntungan untuk sepanjang tempoh 'sewaan' tu . Bagi owner yang success, dia akan beli terus kereta tu sebab taknak dicop scammer bila tiba-tiba naik myvi 3rd gen dengan masalah oil filternya. Malu wey.
.Bagi yang melingkup awal , kereta mewah tu akan dipulang balik.

Selain kereta , Founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza . Tapi gambar tu akan dipost di media sosial sikit2 setiap hari. Oleh sebab lokasinya jauh di Vlantan , aku sewa 3 hari je.

6. JUALAN.
Aku berjaya jual 6000 pcs dalam masa seminggu je. Tapi semua aku jual dengan agen. Agen yang biasa buat fake review dan marketing.  Keuntungan aku dapat dalam RM 12 setiap satu. So untung kasar dalam RM 90,000. Untung bersih dalam RM 40,000. Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam 100k -200k. Sebab tu geng yang buat di kilang Thailand , mudah nak jadi jutawan dengan 2-3 cycle je.

7. END OF STORY
Oleh sebab aku start dengan beberapa penipuan , maka rasa bersalah dan aku tak sanggup teruskan. Dan aku pun stop. Ramai agen bising barang tak dapat dijual sebab aku tak aktif dalam IG dan dah stop upload gambar .

Ni antara penipuan aku buat  yang juga diajar oleh Geng Founder :

1. Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.

2. Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain  Kami bertukar-tukar review je. Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.

3. Acah-Acah ada rumah mewah. Padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain. Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat.

4. Yang ni aku tak buat. Tapi kesalahan aku adalah diamkan sahaja benda ni. Banyak produk Timbang Kilo dipasaran lulus KKM. Sebab apa yang dihantar untuk test lain. Tapi apa yang dijual lain. Harap KKM boleh perbanyakkan operasi. Ni antara skandal penipuan terbesar oleh Geng Founder ni

*Ada banyak lagi .

Bila mula dengan penipuan , kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga.

Akhirnya , untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan.  Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu.

Founder yang korang tgk kt ig/tiktok tu memang legit , tapi setelah berbisnes 1-3 cycles. Sebab lepas berjaya , dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma , kejayaan mereka bermula dengan penipuan. Ada juga founder yang lepas sukses first cycle , stop buat dan gunakan untuk bukak restoren , kedai elektronik dan lain-lain.

SEKADAR PEDOMAN UNTUK SEMUA.

Sekian .

Credit to the original owner.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya apa yg ko tulis
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh bah kalau kau... Ermmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku menyampah founder yg beriya mekap bini tu. Cm pokok krismas dia buat. Majli tunang pun dia laki bini overshadow

Jijik
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Fake review tu betul... Mana2 agent akan disuruh buat review ok
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tau dan banyak lagi sebenarnya. Yang legit ialah macam kakak si alepshokree si Yati tu. Dia memang ada kilang kosmetik kat Klang. Tapi yg asal2nya maknya xtaulah kan kalau guna thailand punya dan jana duit. Yg si alep bukankah beberapa tahun dulu kantoi borong produk thailand?
iols plg heran jenis2 mcm si abenis lone don kononnya tu. Mahal gila dan dia pula xcantik, tp kayaraya dia. Jual produk kurus tp lakinya yarobi gemok gedempol.
Yang gang2 pootree sah2lah kan semua timbang kilo segala kosmetik detox kopi kurus segala. Pelik gak ya kaunter kuda pun terbabit sama. xcukup kaya lagi kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 2-5-2023 08:32 PM
Dah lama tau dan banyak lagi sebenarnya. Yang legit ialah macam kakak si alepshokree si Yati tu. Dia ...

si abenis tu lakinya cucu zaitun..honda dealer 2 branch..arwah pil byk bisnes..katanya laki dia dah turun more than 10kg chuols tapi nampak mcm gitu jugak entah la..yg yati tu percaya sbb dia tunjuk kilang semua..adik dia mak dia hmmmm kureng sikit nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe.. @makadek ke yg post isu ni ptg td kat group fb page beli/sale apa dekat watson/guardian hari ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la ada yg hadap guna skincare atau produk kurus timbang kilo tak takut mati ke, review memang boleh dibuat bukan susah pun, so pls syg diri toksah percaya produk timbang kilo. Nak sgt kurus kulit lawa p beli kt drugstore tu produk establish la sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cruz2 replied at 2-5-2023 08:48 PM
Hehehe.. @makadek ke yg post isu ni ptg td kat group fb page beli/sale apa dekat watson/guardian har ...

Bukan ahhhh aku kopipes jakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenkiu for sharing..dah lama MO depa nie, tapi masih ramai yg support

Lepas nie ada yg berbunyi balas apa yg dah ditulis nie eg. Fitnah,ada kilang sendiri, berkat menolong orang lain mencari rezeki sebagai agen yadayadayada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak key mmmm juboq gentel jamu selambak
Tu lg product sendu tp len maciam kaya nyaa
Low class to the max lifestyle
Acah2 happy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu madamkauuu tu iya ke dok product
Makin mengarut dengar dia membebel kuor dh true kaler pprt set kami mandi telanjang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 2-5-2023 08:56 PM
Tenkiu for sharing..dah lama MO depa nie, tapi masih ramai yg support

Lepas ni ...

Post ni byk kena benam ramai poundex report
panas diorg mcm panas kt negeri belantan nuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:08 PM | Show all posts
fake review tu memang berderet... masalahnya ada jugak yang bingai percaya fake review tu semua berkesan dah la before n after tu pakai filter berlapis taraf muka pun nak bercantum dengan background... blur tu dia set paling max...

penat jah kaka jadi duta dan dok meratib suruh acik2 porum pergi konter esteloder... hujung2 ngkorang beli produk merkuri dan timbang kilo jua... pakej jamu kena gentel kat dapur sebelah lubang jamban... choiii... baik pakai krim temulawak je lah kalau gitu....

masalahnya bingai ke tak bingai... produk2 timbang kilo tu satu set mau rm159... produk2 kat guardian baru dalam rm59 jah macamtu... esteloder plak dalam rm159 juga botoi kecik... no wonder muka dok kepam situ dan hodoh persis macam hamba dari kerajaan yindu majapahit yang di hantar ke melaka untuk pulihkan hubungan sesama negara...

patut la tiap2 kali sang kelembai lalu dan bersapa temu dengan makhluk2 terus dia sumpah jadi batu... harap2 sang kelembai muncul kembali dan sumpah acik2 bingai keje dok perabih duit ke benda bodoh ni termasuk la yang jadi agen dok kambuih2 kan produk orang tu...

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alha alfa tu timbang kilo jgk ke? I suka sgt tgk dia make up..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 2-5-2023 07:47 PM
si abenis tu lakinya cucu zaitun..honda dealer 2 branch..arwah pil byk bisnes..katanya laki dia da ...

Oooo gitu. Kiranya pengalaman niaga jeton lah. abenis tu biz registered in lone don? kilangnya di lone don? xdenya kurus lakinya tu. iols xleh nak nengok diorang punya post esp tang masak2 tu. Jiran xrimas ke bising gitu dgn bau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 2-5-2023 08:11 PM
Alha alfa tu timbang kilo jgk ke? I suka sgt tgk dia make up..

OEM kot. Timbang kilolah juga kiranya kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 2-5-2023 09:00 PM
Post ni byk kena benam ramai poundex report
panas diorg mcm panas kt negeri belantan nuh

Mestilah report,MO dah terburai  ada nanti yg klaim pitenah kerna dengki dgn kejayaan depa ada yg boleh buat mesjid kaka berkat share rezeki dgn orang lain...aaahhhggggiteww

Jual jamu pun boleh kaya raya..shu tak nak cuba jual ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 2-5-2023 09:14 PM
OEM kot. Timbang kilolah juga kiranya kan.

Ya ke u...brg kt watson n guardian jgk yg ok kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.121710 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list