CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2437|Reply: 22

Anak Tak Berhenti Menangis Semasa Perjalanan Balik Kampung Tiba-Tiba Meninggal, Tak Sempat Raya Sama-Sama

[Copy link]
Post time 25-4-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid kematian anak beberapa hari sebelum sambutan 1 Syawal.


"Kami memang memang sudah mengetahui keadaan Tariq (umur tak panjang) sejak dia dilahirkan kerana arwah disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. Malah sepanjang empat bulan usianya selepas dilahirkan dia berada di dalam wad dan menerima rawatan.


"Doktor pun sudah sedia maklum yang jangka hayat anak saya tidak panjang," katanya ketika dihubungi mStar.


Kisah pemergian Tariq mendapat perhatian netizen selepas Shahrul berkongsi berita sedih itu di TikTok.


"Salam Lebaran daripada kami berdua. Tahun lepas raya bertiga, tahun ni berdua sebab Tariq dah beraya awal dekat syurga," tulisnya ringkas.


Keadaan kesihatan Tariq bukanlah asing dalam kalangan pengguna TikTok kerana bapanya itu sering berkongsi gelagat si kecil berkenaan menerusi platform tersebut.


Bercerita lanjut tentang berita duka itu, Shahrul berkata dia dan isteri bagaimanapun tidak menyangka anaknya akan menghembuskan nafas terakhir pada 20 April lalu iaitu pada usianya setahun 6 bulan.


"Tariq berada dalam keadaan baik sehingga Rabu (19 April). Sebab tu kami tak sangka keesokan harinya dia akan pergi selamanya," luahnya hiba.


Menurut bapa berusia 27 tahun itu, anaknya meninggal dunia semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman isterinya di Benut, Johor.




Foto: mStar




"Kami keluar rumah kira-kira pukul 7.05 pagi... pada masa ni dia tidak berhenti merengek (menangis).


"Setibanya di salah sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor... isteri saya dapati Tariq sudah tidak bernafas," ujarnya sambil mengakui tangisan anaknya pada pagi itu berbeza daripada kebiasaan.


Tambahnya, sejurus tiba di Hospital Kajang, doktor mengesahkan bahawa anaknya sudah meninggal dunia pada pukul 7.39 pagi.


Katanya lagi, jenazah Tariq dikebumikan di Rompin, Pahang iaitu kampung halamannya.







Tambah Shahrul, kehilangan anak tercinta turut memberi tamparan hebat buat isterinya.


"Tahun lepas kami dapat beraya bertiga tapi tahun ni hanya baju sahaja yang tinggal. Memang terasa kehilangan lebih-lebih lagi pada isteri yang sepenuh masa bersama Tariq.


"un begitu, dia terima dan reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya bimbang keadaan dia yang kini sedang hamil anak kedua.


"Oleh itu, saya limitkan kerja dan memperlahankan sedikit perjalanan bisnes demi meluangkan masa bersama isteri," katanya yang pernah tular melakukan tiga kerja sekali gus sejak bujang. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga....Kesian pasangan ni. Anak meninggal dalam pangkuan mak pula tu. Takziah. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hidup. Tabah ya dek.  Begitulah kehidupan. Nasib suma orang tak sama. Hada yang best ja hidup. Hada yang tak best ja hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Pasti perit menanti saat ni sejak dia dilahirkan dan didiagnos dgn jantung berlubang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:55 AM | Show all posts
Kwn aku pun sama tunggu anak meninggal gàk tp dah pergi sebelum puasa haritu. Sebelum meninggal kena usung tank oksigen nak p bercuti sbb anak nak p jln
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada kedua org tua Tariq. Anak  yg akan menanti ayah ibunya di syuga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas mati bukan dok di alam barzakh dulu ka sebelom p kasorga ataw neraka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 03:37 PM | Show all posts
Allahuakbar sedihnya. Salam takziah dan alhamdulillah tengah hamil anak ke2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
lama jugak la depa sempat jaga 1thn 6bulan tu kalau development dia normal dah blh berjalan sebut mama papa plg2 pun dah reti sengih2 bila kita panggil.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:32 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 25-4-2023 01:18 PM
Lepas mati bukan dok di alam barzakh dulu ka sebelom p kasorga ataw neraka?

Betul, itulah yang ustaz2 cakap.
Lagi satu ustaz cakap : kita tidak boleh kata anak syurga or tunggu di syurga sebab kita tidak tahu samada mereka pergi ke syurga atau tidak. Hanya Rahmat dan Syafaat drp Allah aje yang boleh masukkan mereka kedalam syurga. wallaualam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 25-4-2023 09:32 PM
Betul, itulah yang ustaz2 cakap.
Lagi satu ustaz cakap : kita tidak boleh kata anak syurga or tung ...

Mu'tazilah pulak kata, siksa qubur tak ada sebab amalan manusia belum ditimbang dekat neraca mizan di padang Mahsyar lagi, wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 25-4-2023 09:32 PM
Betul, itulah yang ustaz2 cakap.
Lagi satu ustaz cakap : kita tidak boleh kata anak syurga or tung ...

Ohh kalau pasal tu tau jugakla..cuma baby ataupun anak yg belum akilbaligh kan belum ada dosa..mcma pula dgn tu? Tetap lalui barzakh dan padang masyar juga ke atau mcma ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 06:31 AM | Show all posts
darkness replied at 25-4-2023 09:49 PM
Ohh kalau pasal tu tau jugakla..cuma baby ataupun anak yg belum akilbaligh kan belum ada dosa..mcm ...

kita sentiasa husnu dgan dengan Allah... cuma... kita tak boleh kata perkataan yg konfom spt dia masuk syurga atau neraka sbb itu macam tiada adab.. seolah2 kita sendri yg berkuasa memutuskan si fulan dan si fulan masuk syurga atau neraka....  tapi kita sekadar mendoakan moga ditempatkan di syurga....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Maafla aku nk ckp....anak ko menangis x henti2 ko pi bawak jugak naik kereta balik kg...knp x bawak ke hospital.......sakit pulak hati aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 07:46 AM | Show all posts
lemah lutut..Allahu....semoga family ni tabah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilayhi rajiun
Moga keluarga ni tabah dgn pemergian anak tersayang.. sedihnya baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 26-4-2023 06:31 AM
kita sentiasa husnu dgan dengan Allah... cuma... kita tak boleh kata perkataan yg konfom spt dia m ...

sy belajar benda yg baru harini. Sb selama ni klu dekat media sosial ni ramai yg ckp 'oh dia dah di syurga dahh' 'tunggu dekat syurga dah'
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-4-2023 07:15 AM
Maafla aku nk ckp....anak ko menangis x henti2 ko pi bawak jugak naik kereta balik kg...knp x bawak  ...

Terfikir jgk benda yg sama. Kenapa x pi spital or at least pi klinik dulu. Dah la nak travel jauh. Btw, inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Selesai sudah penderitaan anak kecik ni kat dunia. Moga ibu ayah tabah dgn kehilangan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-4-2023 07:15 AM
Maafla aku nk ckp....anak ko menangis x henti2 ko pi bawak jugak naik kereta balik kg...knp x bawak  ...

Kan.. Tu la pasal.. Kenapa biarkan je anak tu menangis.. Dah tau anak tu ada penyakit ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2023 10:35 AM | Show all posts
Dari rupa arwah baby ni, nampaknya macam down syndrome juga.  Jantung berlubang is a congenital heart disease common dgn children with down syndrome.  Selalunya lubang ni akan closed by themselves as the baby grows tapi in some cases tak close langsung.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051899 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list