CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2627|Reply: 60

Hidup Terkurung Dalam Kondo- Bila Raya Tak Anak-Anak Tak Reti Bergaul, Menyorok Belakang Ibu Bapa Macam Trauma

[Copy link]
Post time 25-4-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda di Facebook berkongsi cerita tentang kanak-kanak yang didakwa tidak pandai bergaul kerana dibesarkan secara terasing oleh ibu bapa mereka.


"Aku ada jumpa sebuah keluarga ni. Mereka jenis duduk kondominium. Anak tak pernah nak bawa jumpa keluarga. Dah besar anak. Yang tua dah sekolah menengah. Yang kecil ada belum sekolah.


"Jenis mak ayah kongkong anak sampai tak nak bagi berkawan dengan jiran-jiran. Balik sekolah je terus duduk rumah. Macam itulah rutin harian mereka.


"Sekali bila bawa anak-anak datang beraya jumpa keluarga, jiran main mercun, anaknya yang sekolah menengah tu duduk diam menangis takut bunyi mercun," ceritanya.


Gambar Hiasan




Menurut pemuda itu, adik-beradiknya yang lain turut berkelakuan sama, malah mereka ketakutan apabila terpaksa bersalaman dengan tetamu yang hadir untuk beraya.


"Anak-anak dia yang lain pun menangis, takut sampai haru satu rumah. Mengalahkan orang trauma.


"Biarkan bunyi mercun tu bising, biar hilang rasa takut dengan bunyi letupan.


"Jenis aku, aku hanya fikir bila budak-budak main mercun ni, aku terkenangkan negara Islam yang dibom Israel.


"Macam mana la nasib mereka? Kita baru bunyi mercun dah maki orang, nanti jiran pun tak suka," ujarnya lagi.


Selain takut dengan bunyi mercun, pemuda itu mendakwa kanak-kanak tersebut juga tidak reti untuk bergaul dengan tetamu ketika raya.


"Lepas tu jenis jumpa orang, lepas salam anak duduk menyorok belakang mak ayah. Takut ke segan ke tak tahu la.


"Suruh ambil minuman pun tak nak. Nak pergi tandas pun mak bapa kena temankan. Sebab anak dia terkongkong. Orang yang tengok pun rasa kesian.


"Bila mak ayah suruh baru buat satu-satu. Takut nak bergaul, mereka macam budak-budak 'skema'. Senyap je tak berbunyi, tak bercakap. Sepatah kita tanya, itu pun susah nak jawab," ujarnya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Helok la daripada budak2 yang datang rumah orang biadap nak mampus yang sekolah menengah mulot tak reti jaga yang sekolah rendah/tadika/tak skolah, panjat lompat sana sini serupa monyet.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Juga apa ko keji budak2 tu takut dengan tetamu yang strangers di mata deols? Kalau budak2 tak nak salam strangers, sepatutnya orang dewasa takyah paksa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh babi hasanah punya cerita!!!! Xkn ank tu x pegi sekolah??? Org sekarang suka betul reka cerita bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:20 AM | Show all posts
Edited by Rajawali at 25-4-2023 11:22 AM

aku pulak lebih nyampah dengan specis belalang juta...kita buat makan kecik2 je ajak sedaramara terdekat..sekali ada biras bawak kaum puak yang langsung aku tak kenal ,mai pulak 4,5 bijik kereta.dah tu sombong nak mampus...sampaikan kena masak 2,3 kali bila makanan tak cukup.
terfikir pulak aku mungkin time ni depa nak serbu makan free rumah orang dari pagi sampai malam..maklum la tak dapat keluar duit keydobeliyuespi..so save bajet..bulan raya ni pi la makan free mana mana open house walaupun tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg 1, bosan baca cerita mcm ni. Macam ko n keluarga ko perfect sgt. Ko kena accept fact yg manusia ni mmg xkan sama. Ada org mcm A , ada org mcm B, dan kena ingat ada mcm X , mcm Y, D , Z. Xkan nk expect semua manusia perangai sama???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je bebudak perangai mcm ni. Dah jumpa pun 3-4 tahun sekali je buat apa tetiba beria2 nak beramah mesra?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke vongoknya beraya sambil mengata pasal orang lain..ko x penah dengar ke ada orang takut hujan..hatta ada yg setakat air paip menitik pun boleh nangis ketakutan.

Patutnya ko kesian bila ada kelainan macam tu bukan ko membawang. Struggle orang lain kejadian mainan ko je kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 11:31 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-4-2023 11:14 AM
Helok la daripada budak2 yang datang rumah orang biadap nak mampus yang sekolah menengah mulot tak r ...

Tu semua salah makayah tak didik anak apa yg boleh dn tak boleh dibuat. Hidup bermasyarakat seharusnya biarlah anak2 diajar bergaul agar bila dah besar nanti tidak terperanjat dgn keadaan sekeliling, jgn cultural shock. Kanak2 tentulah ada perangai nakalnya, maka makayah kena pesan jaga kelaku bila di rumah orang. Makayah kena tegas maka peranan rotan itu ada fugsinya. Rotan, tali pinggang dn kayu pembaris itu digunakan untuk mendidik bukan pula untuk pukul bantai.
Setuju kan kalau adab dn akhlak anak2 itu bermula dari rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 25-4-2023 11:19 AM
Eh babi hasanah punya cerita!!!! Xkn ank tu x pegi sekolah??? Org sekarang suka betul reka cerita bo ...

Haha ingat aku sorg je yg tpikir cite ni hasanah...arwah firdaus yg tkurung sesorg dlm rmh dulu tu pn jumpa org tak jakun
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 25-4-2023 11:31 AM
Tu semua salah makayah tak didik anak apa yg boleh dn tak boleh dibuat. Hidup bermasyarakat seharu ...

Bila baca psl rotan, kayu pembaris ni iols tingat kat bebudak mesia dok sweden yg mak pak kena penjara dek pakai rotan dan hanger.. pekaboo deme rasanya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa mamat fesbuk ni???

Meh name and shame him!!!
Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 25-4-2023 03:31 AM
Tu semua salah makayah tak didik anak apa yg boleh dn tak boleh dibuat. Hidup bermasyarakat seharu ...

Takyah percaya sangat la cerita ni. Mengarut ja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 11:54 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-4-2023 11:18 AM
Juga apa ko keji budak2 tu takut dengan tetamu yang strangers di mata deols? Kalau budak2 tak nak sa ...

Itu konsep yg salah Kawan. Dlm institusi kekeluargaan, ahli keluarga kena kenal siapa ahli waris, mak-pak sedara, sepupu-sepapat mereka barulah ada keakraban dn silaturrahim dlm keluarga. Makbapak kenalah kenalkan anak2 dgn famili dn teman rapat sejak berumur dini, jumpa orang tua, diajar untuk bersalaman dn cium tangan orang tua (tok-nenek, mak-pak-abang-kakak saudara) kerana itulah adab yg diterapkan dlm Islam dn adat budaya. Duruh anak2 bergaul dgn sepupu-sepapat yg sebaya, bukan lari menyendiri.  Kebiasaan inilah yg harus digalakkan, main bersama, makan bersama, berbagi2, share kesukaan dn hobi.  Kalau anak2 bergaduh, pujuk dn leraikan sambil diajar untuk minta maaf.  Those are the values yg patut ibubapa jgn sepelekan agar anak tak jadi spt kera sumbang, sombong, tak nak tegur orang n above all selfish.
Parents kena ingat, anak2 kita akan membesar dan bergaul dgn masyarakat bermula dari sekolah, ke pengajian tinggi, kemudian bekerja dn membina keluarga sendiri juga. So, bibit2 akhlak yg baik, ramah, menghormati, terjaga lidahnya, tau malunya dn disiplin, IsyaAllah, itulah corak generasi yg kita semua mau lahirkan untuk masa depan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:14 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 25-4-2023 11:37 AM
Bila baca psl rotan, kayu pembaris ni iols tingat kat bebudak mesia dok sweden yg mak pak kena pen ...

Lain negara, lain approach mereka dlm proses mendidik anak2.  Mungkin jika orang M'sia duduk di negara orang, aturan keras menjadi satu kesalahan besar, suka-tak suka kena patuh jugalah. Tapi dlm masyarakat melayu, rotan, tali pinggang, kayu pembaris itulah yg dijadika acuan anak2 menjadi orang. Belum lagi kena cubit dn piat telinga.  Tapi entah kenapa juga, anak2 melayu ni, kalau ditegah dgn suara yg lembut memang tak jalan, tak peduli, pekak tak didengarnya, tapi kalau makayah sudah menjerit sambil pegang rotan,  baru bergegas dibuatnya. Begitulah hakikatnya. Bila rotan, tali pinggang, kayu skel digantung dlm keadah didikan hari ini, kita boleh nampak ketirisan akhlak generasi muda yg terjai: mereka jadi kurang ajar, tak ade hormat/tak takut/tak segan dgn orang2 tua.  Murid2 sekolah remaja pun dah tak ada rasa malu, murid pompuan bergaduh rebutkan jantan, yg lelaki pula bergaduh, bertumbuk, merokok dn berlagak samseng.  Fikir2, apakah tak ada satu kaedah  terbaik untuk digunapakai bagi parents zaman milineal ni dlm mendidik dn membentuk sahsiah generasi mendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
La, budak2 dtg beraya duduk sengap pun complain, dtg beraya perangai tak duduk diam pun complain.  Biaq pi la, mungkin tuan rumah rupa menakutkan suara kuat bila ckp lepas tu suka paksa2 memang la budak2 pun menyampah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah² bebeudak tu introvert...menyibuk je si penulis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajawali replied at 25-4-2023 11:20 AM
aku pulak lebih nyampah dengan specis belalang juta...kita buat makan kecik2 je ajak sedaramara terd ...

Bbrp taun lps, masa aku beraya kg husband..weol laki bini masak la nasi lemak mmg cukup² utk org dlm rmh. Tiber dtg sedara dia, terus masuk dapo,iols masa tu tgh makan, terus ambik segala nasi lauk sambal bwk gi depan. Iols terkedu gak..tak leh ke korg tunggu aku mkn dulu ke or join mkn kat dapo tu je. Mcm biadap kot. Dah ler bwk gi depan semua benda, makan anak beranak diorg sampai licin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 stoberi cakap sepuluh kali pun tak gerak mana kalau suruh buat apa2
Deme kan dok pegang fon manjang
Bukan makpak kontrol pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baby pkp..iols percaya
Tp ni dh beso..nk trauma apa
Melainkan ada peristiwa buruk kena kt depa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054648 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list