CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14097|Reply: 139

SURAT TERBUKA UNTUK HANA AZRAA - AIN AFINI (Isteri PU ABU)

  [Copy link]
Post time 21-4-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Russ34 at 21-4-2023 04:48 PM

Aku rsa acik² porum pun pening dgn kisah cinta 3 segi dorg ni. Nah aku dah siapkan garis masa kisah ni.

13 MAC 2019: PU Abu menceraikan isteri pertamanya, AIN AFINI yang sarat hamil 7 bulan melalui pesanan whatsapp .

Ain memaklumkan PU ABU menceraikannya kerana beliau enggan berpoligami dengan pilihan kedua PU Abu, seorang janda yang bernama HANA AZRAA. Ain tidak bersetuju kerana permintaan PU Abu masih terlalu awal kerana mereka baharu menikah selama 2 bulan.

MEI 2019: PU ABU sah menikahi HANA dan menepis dakwaan beliau menikahi wanita itu di Thailand, juga dakwaan ada individu melihat beliau bersama HANA di Satun, Thailand pada 2 Mei & mendakwa instagram beliau telah digodam oleh individu yg tidak bertanggungjawab memuatnaik instastory tntg perkahwinannya di negara jiran itu. PU ABU mengesahkan beliau telah berkahwin dengan HANA secara sah di Malaysia lebih awal daripada tarikh yg dijangkakan & perkahwinan itu di bawah pengetahuan kedua-dua keluarga.

3 MEI 2019:  HANA memuatnaik gambar yg menunjukkan kegembiraan setelah bernikah.

MEI 2019: HANA kantoikan status PU ABU dan bekas isterinya, AIN AFINI yang rujuk semula selepas 2 minggu usia pernikahan beliau. HANA mengambil keputusan untuk mendedahkan status suaminya dengan bekas isteri suaminya itu kerana tidak tahan dengan asakan daripada netizen tentang ucapan Hari Jadi oleh PU ABU kepada anaknya dengan bekas isteri, AIN AFINI.

7 JUN 2019: Bekas isteri PU ABU, AIN AFINI selamat melahirkan putera sulung mereka yg diberi nama Adam Aysar.

JAN 2020: PU ABU ingin menjadi tangan kedua menyambut kelahiran anknya dgn isteri baharunya,  HANA. PU Abu berkongsi keterujaan dengan berkongsi gambar imbasan ultrasound kandungan isterinya yang sudah mencecah 37 minggu.

1 FEB 2020: Kelahiran anak pertama hasil pernikahan ABU dan HANA yang diberi nama Mateen.

26 JAN 2020: HANA mendedahkan PU ABU berlaku curang dengannya dengan memuatnaik gambar seorang wanita yang tidak bertudung dan wajahnya dikaburkan di posting insta beliau.

13 FEB 2020: HANA memberi gambaran bahawa beliau dan PU Abu bakal bercerai dan membawa haluan masing-masing.

JUN 2020: PU ABU masih enggan menjawab soalan warganet tentang status rujuk beliau dgn isteri pertama dan menyerahkan kpd isterinya utk memberi komen tentang perkara itu.

9 MEI 2021: PU ABU memuatnaik posting gambar bayi beliau yg baru lahir. Meskipun tidak mendedahkan identiti bayi itu, tetapi warganet dapat meneka bahawa bayi itu milik PU ABU bersama AIN AFINI yang kembali rujuk 2 tahun lalu.

19 APRIL 2021: PU ABU mengaku dalam proses cerai dengan isteri kedua, HANA dan tarikh perbicaraan mahkamah ditetapkan pada 19 April yang sepatutnya lebih awal. Tetapi disebabkan PKP, perbicaraan ditunda. Dalam masa yg sama, PU ABU menafikan beliau menumbuk mata HANA yg lebam sebaliknya menyifatkan itu kesan daripada insiden kecil.

MEI 2021: AIN AFINI mendakwa HANA telah memarahi beliau yang cuba menghubungkan anaknya dengan PU ABU, ayah kepada anaknya.

4 NOV 2021: HANA mengakui PU ABU telah melafazkan talaq kepadanya berkali-kali sehingga talaq yang ketiga. Namun, HANA dan keluarganya masih diganggu PU ABU.

JAN 2023: HANA menyatakan PU ABU masih belum move on dengan mendedahkan mesej "rindu" yang dihantar PU ABU kepadanya. HANA mengeluarkan kenyataan beliau "tidak ada hati" untuk kembali kepada lelaki itu.

JAN 2023: AIN membuat laporan polis ke-5 kepada madunya, HANA kerana beranggapan dakwaan tentang "PU ABU masih tergila-gilakan HANA" menganggu privasi, kesihatan mental dan  ruang beliau untuk mencari rezeki.  AIN mendakwa PU ABU dan HANA belum sah bercerai kerana masih ada beberapa proses mahkamah yang belum selesai. PU ABU meminta agar warganet tidak mengaitkan isu tersebut dengan isterinya, AIN AFINI yang sedang hamil anak ketiga.

FEB 2023: AIN AFINI selamat melahirkan anak yang ketiga.

APRIL 2023: AIN menulis surat terbuka untuk HANA berkenaan dengan tindakan HANA yang sering memviralkan suaminya, PU ABU setiap kali mereka dalam masalah sehingga nama beliau terpalit. AIN bertindak demikian kerana beliau tidak dapat menghubungi HANA. HANA mendakwa dirinya sudah sah bercerai kerana PU ABU pernah melafaz talaq 3 kepadanya dan berlarutan hingga 5 tahun. Tetapi bagi AIN, beliau masih menganggap HANA isteri kedua kepada suaminya kerana belum mendapat pengesahan Hakim.

Kesimpulannya, begitu syulit untuk disimpulkan sebab sorang kata dah sah cerai, sorang masih anggap yg satu tu madu dia. PU ABU pulak mengunci mulut. Sekian..






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 10:39 AM | Show all posts
pulok doh... lepas seko demi seko masalah rumah tangga...
puncanya si jantan jugak lah gigih nak kahwin lain...


sebabtu kaka red flag jantan2 acah alim dan banyak bulu ni...

yang pasti PU hodoh muka bengis yang suka mencapub dan kritik itu ini tu mesti senyap sunyi pasal kes ni...
tapi bab tudung ke apa laju jah heols buat keje...



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah, cite cam filem industan pun ada gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jantan tu la bodo..p makhamah sah kan cerai...nk tggu pmpuan skli buat apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 21-4-2023 10:39 AM
pulok doh... lepas seko demi seko masalah rumah tangga...
puncanya si jantan jugak lah gigih nak kah ...

Sng ek jd laki dh buat msalah diam..sembunyi.. si bini² plak gigih mempertahankan rumahtangga & maruah laki..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan.. sbb dua2 bini dok pertahankan geng piyus yg bertopeng..
Kes dorg viral pun rasanya sbb bini 1st pernah buat confession kat page iium yg suami dia selebriti dri rncangan agama pernah curang masa dorg kawen, siap skandal gugurkan anak. Ada tiket flight/ hotel. X brapa ingat.
Walau pun dlm artikel x mention nama..tp smua boleh guess tu pu abu..sbb kes dia cerai bini guna wassap so org relate lah dgn confession.
Dapat plak bini 2nd yg psiko.. sat pkai purdah on off mcm dia suka on off ig.. lama2 org pun bolayan  kes tiga2 ni.
Tpi anak bini 1st comey..bulat putih masa kecil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
So, cerai x sbnrnya pu dn hana? Ain pn patut nasihat laki utk rujuk pej agama ttg dakwaan hana brkaitn lafaz cerai jika ada. Atau pu tu pi failkn penceraian, make it official.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Russ34 at 21-4-2023 11:07 AM
fair_iza replied at 21-4-2023 10:46 AM
So, cerai x sbnrnya pu dn hana? Ain pn patut nasihat laki utk rujuk pej agama ttg dakwaan hana brkai ...


Ntahla.. rsanya pengesahan talaq ni x la lama.  
1. Si isteri pergi ke pejabat agama.

2. Isi borang pengesahan talaq. Dlm borang tu ada butiran tentang "lafaz cerai" yg diucapkan oleh suami. Talaq berapa, di mana? Lafaz cerai TIDAK BOLEH dilafaz di LUAR MAHKAMAH (dlm chat, di rumah,dlm kereta, tepi jln etc), butiran harta sepencarian dll.  Sbb tu suami kena byk sabar. Klau dh bincang elok² sepakat nak cerai.. pi pjbt agama ikut prosedur & hukum yg betul. Kuasa menjatuhkan talaq hanya terletak pada mahkamah syariah bukan memberi kebebasan kpda suami utk lafaz di mna². Pjbt agama akn minta salinan IC, sijil nikah ori kedua² pihak dan borang tu kena isi 2 salinan.

3. Just book tarikh bila Hakim tu available.. yg pting dua² kena hadir masa perbicaraan.

4. Hari bicara: perbicaraan kes cerai adalah tertutup. Hanya melibatkan pasangan, peguam (jika ada) dan pegawai yg melaporkan kes cerai sahaja.

5. Sebelum perbicaraan,pasangan akan mengangkat sumpah. Hakim akan membacakan semua butiran seperti dlm borang. Hakim akan minta pasangan untuk menceritakan peristiwa bagaimana penceraian itu berlaku. Kebiasaan hakim akan bertanya sama ada pasangan itu sudah mendapat khidmat kaunseling daripada JAIS atau belum.

6. Untuk kes lafaz luar mahkamah tergantung kepada keputusan hakim dan denda boleh dikenakan tidak lebih RM 1,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

7. Pengesahan talaq ni x la lama sangat..dlm 20 minit jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 bini bodoh tyh jer..leh join kelab bella
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Russ34 replied at 21-4-2023 11:04 AM
Ntahla.. rsanya pengesahan talaq ni x la lama.  
1. Si isteri pergi ke pejabat agama.


Sama ada berlaku lafaz talak tu cuma hana dan pu je tahu. Bahaya buat main2 mcm ni. Hanya isteri shj ke yg boleh report kt pejbt agama?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:25 AM | Show all posts
bagi aku yg bodoh adalah si piyu menunggang dan 2nd wife. 1st wife tau apa? dia victim lah. she is a mother and a wife, she is being selfless. gila lah tahap sabar dia ni, tetapi malangnya makan diri dia sendiri. tapi babi penunggang dan penyondol tu yg bodoh buat barang tak pikir panjang. mudah2an dua2nya mereput lepas ni dan 1st wife boleh move on dan kawin baru dengan suami yg lebih bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
fair_iza replied at 21-4-2023 10:46 AM
So, cerai x sbnrnya pu dn hana? Ain pn patut nasihat laki utk rujuk pej agama ttg dakwaan hana brkai ...

si abu dah lfaz luar mahkamah tp tgh tunggu mahkamah sahkan talak tu katanya abu haritu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 21-4-2023 11:33 AM
si abu dah lfaz luar mahkamah tp tgh tunggu mahkamah sahkan talak tu katanya abu haritu..

Ok. Jelas kt sini. TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
muka2 penyondol xtahu malu xsedar diti up ig sokmo luahperasaan ni.. hows their raya going to be like?
bhadapan inlwas, tetamu,sedara mara, jiran tetangga,org kg, ketua kg pun bc tau maslah korg canag semestabalam!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu saja ke, Pak Abu? Pergilah follow up kalau dah lima tahun!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aini wlupun bodoh, tp dia je tahu laki sheols mcm mana tu yg sanggup rujuk balik and maybe lpas tu dia bahagia, sbb tu dia defend laki dia and keka sampai skrg smpai beranak 3 dh. Ppuan naive kot, family plak baik2 so ikut lah peel somi tu.
Pu abu, sbb sangap pepek, jadi celaru dh. Tk padan dgn konon warak bab agama.
Pling pelik so far, cerai bini pertama- kwen bini kedua-rujuk bini pertama-cerai bini kedua
Kau baru sedar kwen dgn ppuan saiko ke?
Hana? Terpaling byk bnyi, hujung2 bln cerai. Selagi tu nk saiko family lg 1. Kluar plak seketul anak, mmg smpai ble2 la terikat aini-pu abu-hana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki dpt sedap.. pompuan dpt airmata, malu dan sakit! Do something la abu woiii!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini2 tu mangsa. Yg weng nya si laki tu. Byk jantan gila dlm mlysia ni. Nyampah. Mcm nk ikat kt pokok biar serangga gigit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
simpati dgn ain masa gambar freehair dia tersebar. aku rasa si hana ni jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
X kan dah 5 tahun pengesahan cerai x settle?
Hana dgn Abu ni buat main2 hal agama ke?
Kgn nak gebang ckp ambik masa.. Kalau salah sorg failkan penceraian dan setuju.. Benda settle kejap  je.. Evem pengesahan cerai pun dtg masa kes dan setuju.. Tuan Hakim puas hati.. Settle.. Jatuh dah talak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 1.171046 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list