Dalam perkembangan lain, Rossa berharap single terbaharunya berjudul Khanti dapat menandingi beberapa lagu runut bunyi yang pernah dirakamkan sebelum ini.
Katanya, Khanti merupakan lagu runut bunyi bagi drama Bidadari Bermata Bening yang sedang disiarkan menerusi platform penstriman digital Viu Indonesia.
"Sudah lama sangat saya tidak menyanyikan lagu tema kerohanian dan kebetulan lagu ini juga dilancarkan dalam bulan Ramadan.
"Lagu ini membawa makna yang sangat mendalam. Ia banyak menceritakan tentang kesabaran dalam cara Islam dan tentang sebuah harapan ingin mendapatkan cinta terbaik di akhir ceritanya.
"Harapan saya agar peminat dapat menerima lagu ini dan bagi mereka yang sudah lama menanti saya menyanyikan lagu-lagu keagamaan.
"Ini adalah lagu yang menurut saya lebih kurang seperti Ayat-Ayat Cinta, Atas Nama Cinta dan Hijrah Cinta," katanya.
Lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya oleh Melly Goeslaw dan susunan muzik hasil kerja Andi Rianto.
Jelas Rossa, Khanti membawa maksud sabar yang diambil daripada bahasa sanskrit dan ia ciptaan sepenuhnya oleh Melly Goeslaw dan susunan muzik Andi Rianto. -
CARI
Sumber: mStar