CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1948|Reply: 24

[Politik] Najib Banduan Elit: UMNO terus dikritik tidak hormati undang-undang, 'double standard'

  [Copy link]
Post time 13-4-2023 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 13-4-2023 12:24 PM

KUALA LUMPUR - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mempertimbangkan pengampunan penuh kepada mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terus menjadi pertikaian ramai.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, tindakan ‘terdesak’ itu akan menimbulkan persepsi negatif daripada rakyat yang pastinya beranggapan, ahli politik mempunyai talian hayat untuk melarikan diri dari tirai besi, sekiranya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Menurut beliau, keputusan tersebut tidak wajar diteruskan kerana boleh menyebabkan keutuhan sistem kehakiman dipertikaikan, malah mewujudkan budaya tidak baik untuk politik negara bagi jangka masa panjang.

"Jika proses itu dibuat, tidak nampak keutuhan serta kekuatan sistem kehakiman kita dan sistem beraja itu sendiri walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memberi pengampunan.

“Namun, bukan konteks Raja yang kita bincangkan kerana kuasa itu sudah termaktub Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan, ia tidak boleh dipertikai tetapi orang ramai akan mempersoalkan UMNO yang menggunakan kedudukan sedia ada untuk mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah tindakan tidak wajar walaupun Seri Paduka Baginda mempunyai kuasa budi bicara,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas keputusan MKT yang membuat ketetapan untuk merayu perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mengurniakan pengampunan penuh kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia selaras dengan kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian, termasuk sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO.

Bidas Hussain, keputusan MKT UMNO itu adalah satu ketidakadilan bagi rakyat marhaen kerana perlu menjalani hukuman, berbanding ahli politik yang mudah dilepaskan sekiranya terbabit dengan jenayah.

"Terlalu ‘double standard’ kerana orang politik yang terbabit dengan salah laku melibatkan pengubahan wang haram dengan jumlah terlalu besar akan dilepaskan tidak sampai setahun.

Walaupun kita tahu UMNO terhutang budi dengan Najib dan jasa mantan Perdana Menteri itu juga pada Malaysia terlalu besar, ia tetap tidak adil,” katanya.

Tegas beliau, konteks undang-undang perlembagaan serta Rukun Negara memiliki perincian kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang perlu dipatuhi.

"Tidak kira siapa pun individu itu, tinggi mana jawatannya, ada keperluan untuk ikut apa yang telah diputuskan oleh sistem kehakiman negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, cadangan UMNO juga akan menimbulkan tanggapan tidak baik dalam kalangan negara asing bahawa Malaysia memiliki dasar perundangan yang terlalu lemah, sehingga mudah membenarkan banduan ahli politik terlepas dari penjara.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil turut meluahkan pendapat senada, dan optimis permohonan UMNO itu akan ditolak oleh Agong.

Katanya, baginda pasti menyedari kebimbangan bahawa akan menjadi amalan dan budaya kepada ahli politik untuk sentiasa memohon pengampunan Diraja sekiranya dijatuhkan hukuman atas kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, tindakan yang diambil kerajaan untuk tidak mencampuri urusan UMNO adalah petanda baik kerana ia membuktikan Perdana Menteri komited dalam memisahkan perihal kehakiman dan pentadbiran.

Untuk membuat permohonan tiada masalah atas alasan jasa Najib iaitu, pernah menjadi Perdana Menteri atau Presiden UMNO, itu semua kemungkinan menjadi pertimbangan oleh MKT untuk membuat permohonan. Jadi tanggungjawab mereka telah lepas kerana ada desakan dari akar umbi namun ini bukanlah permohonan yang mendesak atau memaksa.

"Walaupun Anwar merupakan ahli panel Lembaga Pengampunan, beliau tidak boleh buat keputusan kerana itu adalah kuasa Agong, malah kes Najib ini tidak dianggap sebagai darurat seperti yang pernah Tan Sri Muhyiddin Yassin lakukan ketika negara dilanda COVID-19, iaitu memohon Parlimen digantung dan ia dibenarkan oleh Agong,” katanya.

Jamaie berkata, bukan masa yang tepat untuk Najib mengemukakan permohonan tersebut keana adalah satu kebiasaan untuk banduan menjalani satu pertiga daripada tempoh penjara yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terlebih dahulu.

“Pada masa sama, pemimpin itu masih mempunyai kes lain dan sekiranya diberi pengampunan kali ini, pastinya beliau akan memohon kaedah sama untuk dilepaskan. Justeru, masyarakat serta peringkat antarabangsa akan memandang negatif kerana walaupun sudah didapati bersalah, ada kuasa yang boleh memberi pelepasan mudah.

UMNO perlu menerima hakikat walaupun Najib mempunyai pelbagai jasa kepada parti itu dan rakyat, undang-undang tetap berada di atas, tiada siapa lebih berkuasa untuk lepas dari undang-undang. Mereka perlu patuh seperti yang dikenakan oleh banduan bukan dari golongan elit,” katanya.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe lah.. nak dapat kurang 50 kerusi pada PRU 16…silakan!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:52 AM | Show all posts

Jika tidak mahu keutuhan sistem kehakiman dipertikaikan kena fokus kepada sistem itu sendiri seperti perlantikkan hakim-hakim kena dipastikan tiada campurtangan dari mana2 pihak yg berkepentingan dikhuatiri boleh mempengaruhi keputusan penghakiman dan jika ada aduan atau siasatan yg menunjukkan salahlaku hakim perlu segera diambil tindakkan bukan senyap tanpa berita atau melindunginya ( sorok bawah carpet ).

bagi Permohonan pengampunan , rasanya adalah hak masing2 sama ada baru 1 hari dalam penjara atau sudah 10 tahun dalam penjara tidak boleh dipertikaikan dan itu terserah kepada YDPA untuk mengampunkan ataupun tidak berdasarkan penilaiannya sama ada seseorang itu layak ataupun tidak menerima pengampunan. mereka hanya memohon sahaja.




Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu2 hak najib dipertikaikan

Minta perbicaraan adil ditolak
Najib tuntut hak tanah ditolak
Najib mohon pengampunan dipertikai

Sape yang  sebenarnya dizalimi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:55 AM | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 13-4-2023 09:10 AM
Takpe lah.. nak dapat kurang 50 kerusi pada PRU 16…silakan!

pru15 pun mmg dh 30kerusi je pun.silap pru16 tingal 12kerusi je
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno semakin tak boleh pakai… gali kubur sendiri. Tahniah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2023 02:12 PM | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 13-4-2023 09:10 AM
Takpe lah.. nak dapat kurang 50 kerusi pada PRU 16…silakan!

Tak juga. Kalau UMNO berjaya membebaskan Najib (dan dapat Tun) sokongan mungkin kembali. Haters will hate ofkos but long lost lovers may return.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 02:26 PM | Show all posts
rashiman replied at 13-4-2023 09:52 AM
Jika tidak mahu keutuhan sistem kehakiman dipertikaikan kena fokus kepada sistem itu sendiri sepert ...

Itulah masalahnya. Apa insyarat yang dihantar ke dunia luar bila Agung perlu kerap campur tangan dalam the administration of justice in the country. Hauk sangat ka Malaysia ni?


Ofkosla tak salah nak merayu but you know and we all know that is like pushing the monarchy in a corner. Mesti ko nak ungkit sejarah2 sebelum merdeka campur ugut sikit2 kan? Walau pun mudah lupa dalam banyak perkara tapi untuk mengungkit melayu tak pernah lupa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 02:35 PM | Show all posts
Photostate borang pengampunan byk2 bagi2kan kat famili banduan.
Ramai2 boleh memohon dari YDA.
Apa beza DSNR dgn Zamri Kassan. Dua2 di penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 02:40 PM | Show all posts
Skrg zaman dah lain. Silap2 agong pun kne turun naik mahkamah campur hal rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:25 PM | Show all posts
nak pelik apa.ikut undang2 Msia sape2 pun boleh mohon pengampunan di-raja even marhaen kes rogol dan bunuh skalipun.ni kan pulak bekas PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Abeh tu yg bang non dpt pengampunan apa citer plk? Bkn talian hayat politik ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 03:41 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-4-2023 02:26 PM
Itulah masalahnya. Apa insyarat yang dihantar ke dunia luar bila Agung perlu kerap campur tangan da ...




Peguam kanan Dato' Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengulas semalam:

1. Wujudnya campurtangan eksekutif dalam pelantikan hakim.

2. Mahathir langgar akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 pada tahun 2018 dan 2019 dalam pelantikan hakim.

3. Mahathir ada sejarah cabul sistem kehakiman ketika dia PM4.

4. Perlunya ada RCI untuk perbetulkan dan tangkis persepsi sebab kesannya adalah sangat besar



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa mesej kita nak sampaikan kepada masyarakat apabila memberi pengampunan kepada banduan peliwat bersiri?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebaskan najib cepat
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 13-4-2023 03:28 PM
Abeh tu yg bang non dpt pengampunan apa citer plk? Bkn talian hayat politik ka?

Pengampunan tak sampai setahun.. baca la ngok..
ko ghaser?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
LHDN… sila selak2 file cikedddddd

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 13-4-2023 09:39 PM
@mojarean_X


#bebaskanNajib
#ourSupremeLeader
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 sempatlah kurus sebelum dibebaskan. Tak sabar nak tgk sis jibbie  buat comeback minum caramel machiatto dekat starbucks
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.097075 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list