CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3376|Reply: 0

Suami Lumpuh Lepas Hembus Hidung Di Bilik Air

[Copy link]
Post time 3-4-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Malang nasib ibu kepada empat anak yang terpaksa menjadi ketua keluarga selepas suami lumpuh.


Kata Kirsty Bronner, 34, kepada Daily Mail, kejadian berlaku sekitar 2 Januari 2022 apabia Kristy dan anak-anak terdengar dentuman kuat dari bilik air mereka.




Daily Mail




“Saya bergegas masuk bilik air dan mendapati suami terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.


“Lehernya terhantu dan terkehel menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang.


'Dia telah menghembus hidungnya sebelum tiba-tiba pengsan lalu lehernya terlanggar bangku dalam bilik mandi.'


Kesan kepada Kirsty dan keluarganya sangat besar apabila mereka semua bergelut untuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu.


Kirsty sedang berusaha menguruskan empat anak bersendirian manakala pasangannya menghabiskan enam bulan berikutnya di hospital dan pemulihan.


“Tekanan emosi dan mental yang ditimbulkan sangat teruk sehingga saya tidak dapat menguruskan perniagaan,' kata Kirsty.


Sehingga hari ini pasangannya belum pulih daripada kemalangan itu dan lumpuh pada bahagian sepadan dengan saraf otot, bahagian atas dada, bahagian tengah belakang dan otot perut.


Dia sebelum ini berlari 10 kilometer sehari tetapi kini dia tidak mampu lagi berdiri.


Pasangan itu telah diberitahu bahawa pemulihan sepenuhnya adalah sangat mustahil.


Ini bermakna Kirsty perlu memilih apa yang diutamakan setiap hari, tetapi dia tetap menjaga anak-anak, pasangan dan perniagaannya yang sentiasa menjadi keutamaan.


Kirsty menyifatkan pengalaman itu sebagai 'masa paling sukar' dalam hidupnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list