View: 6839|Reply: 0
|
Joshua kecewa gagal tumbangkan Franklin
[Copy link]
|
|
ANTARA aksi Joshua (kanan) bertemu Franklin. FOTO Reuters
London: Petinju Britain, Anthony Joshua berkata dia sepatutnya menumbangkan Jermaine Franklin selepas bekas juara heavyweight dunia itu kembali meraih kemenangan menerusi keputusan kiraan mata, awal pagi tadi.
Selepas 12 pusingan, Joshua yang bertarung di hadapan penonton tuan rumah di Arena 02, diberi kemenangan 118-111, 117-111, 117-111 oleh tiga juri pada pertarungan tanpa gelaran itu.
Ini adalah kemenangan pertama Joshua sejak 2020 selepas kekalahan berturut-turut di tangan Oleksandr Usyk yang menyaksikan bekas juara Olimpik itu gagal untuk mendapatkan semula beberapa gelaran utamanya.
"Ia adalah kemenangan yang penting," kata Joshua kepada DAZN di mana satu kekalahan lagi boleh menamatkan kariernya.
"Jermaine mempunyai gaya pertarungan yang bagus. Saya menghormatinya dan dia sudah melakukan yang terbaik.
"Saya sepatutnya menumbangkannya tetapi ia sudah berakhir. Dia berada di sini untuk membuktikan kemampuannya," katanya petinju berusia 33 tahun itu.
Keputusan juri itu bermakna, Franklin, 29, mengalami kekalahan kedua dalam 23 perlawanan selepas tewas kepada Dillian Whyte dari Britain di Wembley pada November tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tumbangkan-franklin |
|
|
|
|
|
|
| |
|