Edited by pengecattaik at 1-4-2023 11:08 PM
Kesian walaun jadi kambing hitam Mat Jargon.Kat luar bekokok macam ayam jantan dalam perlimen cakap pon nak menangis kikiki
AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berhubung pelepasan cukai Yayasan Albukhary.
Katanya, laporan itu dibuat oleh ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 24 Mac lalu.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, tidak wujud sebarang kesalahan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dilakukannya seperti didakwa Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
“Tadi dibangkitkan dalam Dewan, saya telah menerima surat daripada pejabat Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan saya telah melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat kerana membuat laporan polis palsu ke atas Guan Eng.
“Saya telah pun menjawab surat yang dikeluarkan oleh Speaker berkenaan hal ini dan jelaskan dalam Dewan tadi, pertuduhan yang dibuat oleh Jelutong ke atas saya adalah tidak benar.
“Ini kerana bukan saya yang buat laporan polis, ia dibuat oleh ahli Armada Bersatu saya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
|