CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3858|Reply: 7

Pernah bergaduh besar, Elizabeth Tan tak sabar nak mengandung

  [Copy link]
Post time 31-3-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Dua tahun mendepani alam perkahwinan bersama suami tersayang, Dr. Siew Jim, penyanyi dan pelakon jelita, Elizabeth Tan sebenarnya sudah tidak sabar untuk hamil.

Elizabeth atau nama sebenarnya, Tan Su Mei, 30, berkata, dia kini benar-benar bersedia untuk menjawat peranan sebagai seorang ibu meskipun menyedari kesibukan suaminya yang berkerja di hospital.

“Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan ‘baby’. I cannot wait (saya tak sabar). Lizzy tak sabar.

“Saya dah suami masih tinggal berasingan. Tapi, mungkin dalam seminggu, empat lima hari dia akan datang rumah saya.

“Tapi, saya dah cakap dengan suami kalau saya dah hamil nanti, dia kenalah tinggal bersama dengan saya. Takkan saya nak jaga anak seorang diri (ketawa). Macam tak logik benda itu,” ujarnya kepada Kosmo! Online

Ditemui pada majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia di sebuah hotel terkemuka ibu negara semalam, Elizabeth mengakui hubungannya dengan suami tidaklah seindah apa yang sering dipaparkan dalam media. Sama seperti pasangan lain yang ada pasang surut, mereka juga sering bergaduh akibat salah faham.

“Orang tengok kami manis apa semua dalam media sosial, di belakang, mereka tak tahu kami sama juga macam orang lain ada bergaduh besar-besar.

“Banyak kali gaduh teruk. Masalah rumah tangga, biasalah (bergaduh).

“Dengan situasi sekarang (ramai orang bercerai disebabkan orang ketiga), saya bimbang sebenarnya.

“Suami saya kerja di hospital. Dia jumpa ramai orang setiap hari. Kadang-kadang, apabila saya telefon dia tak angkap, saya mesej tak berbalas, saya pun jadi ‘insecure’ (berprasangka).

“Tapi, setakat ini, rasanya tak ada isu . Saya pula tiadalah nak pantau dia kat mana 24 jam. Kalau saya perangai begitu, saya rasa saya kena cerai nanti (tertawa) sebab dia memang tak layan benda macam itu,” ujarnya yang bergelar isteri kepada Siew Jim sekitar Mac 2021.

Perkahwinan mereka hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Bintang Abang Long Fadil 3 itu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa tahun 2023 adalah tahun untuk bersungguh-sungguh menjadi seorang ibu. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 04:26 PM | Show all posts
so tunggu apa lagi lizzy...
kena siap sedia awal2 lah sebelum di sondol...
laki ko pun doktor dan ada juga la rupa walaupun dagu senduk...

bersiap sedialah beli rumah, kereta etc dengan duit sendiri tanpa berhutang...
supaya apa2 jadi nanti kita yang halau laki kita keluar rumah... agittewwww...

kurlast tak prinsip kaka??? pastikan rumah dan kereta kita dah ada yang sendiri punya... apa2 kita yang halau keluar laki... so boleh la buat laki persis hanak hikan macam si zen yang ketakutan kat istana kokdiang sampai kena hadap je apa nekta tu suruh buat... suruh bersanding tiap2 tahun pun ngikut je... persis bini taat somi gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif duk announce nk mengandung? Dah mengandung nnti buat lah pc pun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam tempoh 5 tahun pertama kahwin, perkara biasala tu if gaduh2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:43 PM | Show all posts
So, mengandung jelah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 31-3-2023 04:26 PM
so tunggu apa lagi lizzy...
kena siap sedia awal2 lah sebelum di sondol...
laki ko pun doktor dan ad ...

Sekarang duk asing kakadud. Tgu dpt anak baru duk sekali.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts

mngdung je la
dan jg laki ko tu
xyah posing2 mnjah kt netijem
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanak2 riang betul....kau fuck jer lah husband kau tu...dah pregnant baru announce.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.067414 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list