CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11377|Reply: 130

[Tempatan] Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang

  [Copy link]
Post time 31-3-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 31-3-2023 02:42 PM

BERAPA pendapatan yang mencukupi untuk seseorang individu atau satu isi rumah hidup dengan selesa di Lembah Kelang?

Pastilah keadaannya berbeza untuk setiap individu dan isi rumah namun anggaran yang selamat tetap boleh dibuat.

Itu yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM). Melalui kajian Belanjawanku yang didanai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SWRC membuat anggaran pendapatan yang selesa untuk beberapa kategori individu bujang dan isi rumah.Penyelidikan tersebut bukan sahaja tertakluk di Lembah Kelang, malah 11 bandar lain di seluruh negara.

Berikut senaraikan untuk anda 7 statistik penting yang diperoleh daripada kajian tersebut. Ini termasuk asas metodologi dan latar belakang kajian itu bagi memastikan anda faham konteks sebenarnya.

Andaian asas
Untuk mengira kos sara hidup seseorang, SWRC meletakkan andaian-andaian tertentu sebagai asas pengiraan. Sebagai contoh, pengiraan kos tempat tinggal untuk individu bujang adalah berdasarkan nilai sewaan satu bilik. Untuk pasangan pula, kos tempat tinggal dikira berdasarkan pembayaran gadai janji atau nilai sewa sebuah rumah (mana yang lebih rendah).

Untuk pengangkutan, satu pasangan diandaikan memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal manakala purata jarak perjalanan ke tempat kerja adalah dalam radius 30 kilometer dari pejabat ke rumah.

Kajian ini juga mengandaikan semua orang mempunyai akses terhadap penjagaan kesihatan dan pendidikan awam serta mempunyai tahap kesihatan yang baik. Semua orang juga diandaikan mempunyai pemikiran rasional dan boleh membuat keputusan yang baik.

Kategori isi rumah
Terdapat sembilan kategori isi rumah dalam kajian ini, iaitu individu bujang (pengguna pengangkutan awam); individu bujang (pemilik kereta); pasangan berkahwin (tanpa anak); pasangan berkahwin (satu anak); pasangan berkahwin (dua anak); ibu/bapa tunggal (satu anak); ibu/bapa tunggal (dua anak); pasangan warga emas dan individu warga emas.

Bakul-bakul item
Terdapat 11 kategori perbelanjaan yang diambil kira untuk setiap isi rumah. Kategori tersebut disebut sebagai bakul dan berikut merupakan item untuk setiap bakul perbelanjaan:


  • BAKULITEM
    Makanan[size=15.076923px]Makanan dan minuman bukan alkohol termasuk barangan runcit untuk memasak di rumah, makanan di luar dan makanan bungkus
    PerumahanIndividu bujang[size=15.076923px] – sewa bulanan untuk bilik berperabot
    [size=15.076923px]Kategori lain – sewaan atau bayaran gadai janji sebuah rumah, mana-mana yang lebih rendah
    Utiliti[size=15.076923px]Bil bulanan untuk air, elektrik, telefon, internet, pelan data peribadi dan TV
    PengangkutanPengangkutan awam[size=15.076923px] – pas/tiket bulanan untuk semua pengangkutan awam
    [size=15.076923px]Kenderaan peribadi – kos bulanan untuk bayaran ansuran kenderaan, petrol, tol dan caj parkir
    Penjagaan peribadi[size=15.076923px]Kos bulanan purata untuk penjagaan tubuh, rambut dan kebersihan feminin, kebersihan mulut dan tatarias peribadi asas
    Penjagaan kesihatan[size=15.076923px]Kos bulanan purata untuk lawatan tahunan ke hospital ( empat kali) dan doktor gigi (sekali) untuk rawatan penyakit bukan akut (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Penjagaan anakAnak kecil (bawah 6 tahun)[size=15.076923px] – kos bulanan untuk upah jaga anak, lampin, susu dan makanan bayi
    [size=15.076923px]Anak besar (7-13 tahun) – kos bulanan untuk upah jaga anak, duit poket, tuisyen, kelas agama dan aktiviti kokurikulum
    Belanja ad-hoc/one-off[size=15.076923px]Kos bulanan purata untuk perbelanjaan sekali keluar atau kecemasan seperti penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan dan insurans, yuran sekolah, pakaian dan kasut serta ansuran perabot dan kelengkapan rumah. (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Penglibatan sosial[size=15.076923px]Kos purata untuk sambutan perayaan, hari lahir, ulang tahun, jemputan perkahwinan dan sebagainya (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Belanja budi bicara[size=15.076923px]Termasuk sumbangan kepada ibu bapa, insurans kesihatan, sukan dan rekreasi serta pelancongan, bergantung kepada keutamaan individu (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Simpanan[size=15.076923px]Jumlah simpanan yang diperuntukkan berdasarkan konsensus peserta kumpulan fokus




Kategori isi rumah dengan kos terendah, iaitu individu bujang (pengguna pengangkutan awam) di Lembah Kelang memerlukan RM1,930 sebulan untuk hidup manakala kategori tertinggi, pasangan berkahwin (dua anak) memerlukan RM6,890 sebulan.

Bandar dengan kos terendah pula merupakan Alor Setar, Kedah.

Individu bujang (pengguna pengangkutan awam) memerlukan RM1,530 sebulan manakala pasangan berkahwin (dua anak) memerlukan RM5,430. Individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam memerlukan kira-kira RM1,930 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang. Individu bujang yang memiliki kereta pula memerlukan RM2,600.

Bagi pasangan berkahwin tanpa anak, pendapatan isi rumah yang wajar di Lembah Kelang ialah RM4,630 sebulan. Pasangan berkahwin dengan seorang anak pula perlu RM5,980 manakala pasangan berkahwin dengan dua anak memerlukan RM6,890.

Untuk ibu/bapa tunggal dengan seorang anak, mereka memerlukan RM4,740 sebulan untuk menampung kehidupan di Lembah Kelang. Ibu/bapa tunggal dengan dua anak pula memerlukan RM5,650. Individu warga emas memerlukan RM2,520 sebulan manakala pasangan warga emas memerlukan RM3,210.

Berdasarkan data kos sara hidup di Lembah Kelang itu, Belanjawanku turut menjelaskan peningkatan kos sara hidup yang perlu ditanggung apabila seseorang individu atau isi rumah bertukar kategori.

Contohnya, individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam (RM1,930) akan mengalami peningkatan 35 peratus kos sara hidup jika memilih untuk memiliki kereta (RM2,600). Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh kos pengangkutan dan ad-hoc.

Malah, jika anda bertukar status daripada individu bujang kepada pasangan berkahwin, peningkatan kos sara hidup adalah sebanyak 78 peratus. Penyumbang utama peningkatan tersebut ialah kos makanan, perumahan dan pengangkutan.

Peningkatan jumlah anak untuk pasangan berkahwin juga meningkatkan kos sara hidup, walaupun tidak begitu besar.

Pasangan berkahwin tanpa anak akan mengalami peningkatan kos sara hidup sebanyak 29 peratus apabila memiliki seorang anak. Pertambahan kepada dua anak pula melibatkan peningkatan 15 peratus.

Peningkatan tersebut disebabkan kos penjagaan anak dan makanan terutamanya.

Kesimpulan
Menurut SWRC, terdapat empat penyumbang utama kepada bakul perbelanjaan dalam Belanjawanku, iaitu makanan, perumahan, pengangkutan dan utiliti.

Kajian Belanjawanku juga menunjukkan kesan kepada perbelanjaan apabila seseorang bergerak dari satu kategori isi rumah ke kategori isi rumah yang lain. Maklumat ini penting untuk orang ramai membandingkan situasi mereka sebelum membuat apa-apa keputusan kewangan yang besar.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 10:26 AM | Show all posts
Memang tinggi betul kos sara hidup ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang pung..
Kalau ada anak..mcm iols..
Daycare
Tuition
Kumon
Kelas silat
Uku.lele
Ngaji
Yuran tadika

Hoho..anak 2.sekolah rendah.dan.1.tadika..n 1 baby...
Hoho...riban2 lemon juga tiap bulan tak termasuk belanja hakiki...haha...
Banyak.belanja.mmg utk anak2 je..
Selain yang hakiki la mcm rumah moto kete maintainance etc TU
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk la perlih kalau gitu. No jem, no toll
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ramai org skrg merancang. 3 je stop. Nak suh duduk kg ni tgk juga lokasi dan pekerjaan kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudah kn semuaa yg ada anak bini, yg jga parents, yg bujang dll..

Kawal nafsu, kawal belanja n cari rezeki berkat InsyaAllah kita boleh survive…gtu iols mod setazah di hari jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 31-3-2023 01:19 PM
Memang pung..
Kalau ada anak..mcm iols..
Daycare

kann...anak2 ni mmg belanjanya superb betul
iols ni mujur ada intermittent antara abg dan adik sbb gap 10thn so bila abg dah habis segala aktiviti luar berbayar blh la fokus utk adik plak nati.
tu pun abg slowly bersambung utk higher edu plak.
sbb tu la weols mampu 2org anak je, nak jaga nak bg itu ini dan nak menten hidup agar tak melarat

semoga dimurahkan rezeki kepada forumer sekalian utk membela anak2
mode khutbah jumaat alang2 dok tggu anak tepi masjid ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 01:41 PM | Show all posts
Ada benarnya sebab dah makin ramai memilih pulang ke kampung, samada kerja sendiri atau cari kerja dekat sana sebab kos lebih rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:43 PM | Show all posts
Edited by doridori_hi at 31-3-2023 03:07 PM

kwn  iols sorang resign bulan lepas,keje dekat 10 tahun dah, .. sheols berenti keje ikut laki sheols pindah kampung,kerja kan tanah kampung,sambil blaja mengaji kelas agama ( sheols Mualaf ) sheols baru kawin setahun mcm tu tp belum ada anak, ...

Duk KL menyewa bilik jah laki bini , laki keje biasa2 jah.. sheols pun dah lama tak buat OT sb company nk cut kos nk cover Covid hari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:53 PM | Show all posts
org muda dari Sabah suka pula hidup di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 31-3-2023 01:32 PM
Semoga dipermudah kn semuaa yg ada anak bini, yg jga parents, yg bujang dll..

Kawal nafsu, kawal b ...

Ini bukan setakat mod ustazah. Ni tambah dengan mod banker.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:13 PM | Show all posts
insulin replied at 31-3-2023 02:16 PM
Ini bukan setakat mod ustazah. Ni tambah dengan mod banker.

cita2 nk resign tp nk prepare mental utk downgred life style tu mgkin makan 2-3 tahun kot..
weols lps kawin kena berulang byk negeri...2 rumah nk kena byr..transport lg..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 31-3-2023 01:32 PM
Semoga dipermudah kn semuaa yg ada anak bini, yg jga parents, yg bujang dll..

Kawal nafsu, kawal b ...

dulu zmn bujang setakat rm1k+ memang ada baki sblm gaji, pas kawen mcm xthu mana hilang baki biarpun gaji dah berapa kali naik nie he3
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 31-3-2023 01:53 PM
org muda dari Sabah suka pula hidup di sana...

sabah kos hidup rendah, jika kerja kerajaan suami isteri memang mewah duduk sabah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos pasangan berkawin rm4k+++ seorang atau 1 psg? Kalau husband n wife kerja, tiada anak lbh kurg kos bujang cuma tmbh kos rumah. Yg sakit ni bila dh ada anak2...itu yg mendadak naik belanja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 03:56 PM | Show all posts
Gaji bersih 8k ada 2 anak duduk Lembah Klang memang licin lah, kadang pun cukup tak cukup je. Kadang kagum jugak dengan orang mampu berderet anak rapat-rapat pulak tu. Dari segi kewangan lagi, emosi lagi. Betul-betul salute lah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:58 PM | Show all posts
lagik kajian ni, memang perlu ada family planning kalau dok di bandar...kena amal masturbasi atau pancut luar...nak beli kondom mahal pula..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pa aihh.. beranak lah lagi bebyk setahun sekor… besok boleh tumpang rumah anak cuci taik cucu ..menyusahkan menantu.. sumbat mcm sardin level rohingya naik tongkang..kata acik2 suka dipancut dalam .. bila dah besaq suruh cikgu jaga apa susah wey!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 31-3-2023 01:40 PM
kann...anak2 ni mmg belanjanya superb betul
iols ni mujur ada intermittent antara abg dan adi ...

Yezza bener...iols 4 orang cukup lah..masa czer hari TU iols siap.mintak doc ikat terus...
Sebab dah jadi high risk plak nanti...
Fokus yang ado je ni dolu...

Asb n sspn pung iols buatkan juga utk anak2 ni...kita tak Tau apa nak jadi nanti kan..so kalau ape2 Hal pung dah ada dah simpanan plus hibah...

Haha khutbah jemaat plak..nnt iols plak la nak kena htr anak2 terima ke mesjid solat jumaat ni kalau bapaknya koje.....hihi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.084524 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list