CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14389|Reply: 8

[Tempatan] Kedah dibadai ribut, puting beliung hingga Mei ini

  [Copy link]
Post time 30-3-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR – Lebih banyak kejadian ribut dan puting beliung dijangka berlaku di seluruh daerah di Kedah berikutan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac lalu sehingga pertengahan Mei depan.

Menurut Pengarah Meteo­rologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz, Kedah terdedah kepada kesan fasa peralihan daripada Monsun Timur Laut (MTL) ekoran bentuk muka bumi di negeri ini.

“Semasa peralihan monsun ini akan berlaku cuaca cerah pada sebelah pagi tetapi dijangka hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam.

“Kedah berpotensi untuk kejadian angin kencang termasuk puting beliung kerana bentuk muka bumi negeri ini yang ba­nyak kawasan lapang seperti sawah padi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, beberapa kejadian ribut telah berlaku di negeri ini termasuk di Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada 23 Mac lalu dan di Padang Serai di daerah Kulim kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca terutama sebelah petang memandangkan kejadian ribut dan puting beliung mampu menjejaskan struktur yang tidak kukuh.

“Elakkan berada di kawasan yang dilanda ribut ketika kejadian. Kalau kejadian di rumah cari sudut rumah yang paling kukuh dan selamat untuk berlindung.

“Ribut petir ini juga dijangka berlaku di sekitar perairan Kedah jadi nelayan kalau boleh cuba elak turun ke laut pada waktu petang,” jelasnya

Tambahnya, selain ribut dan puting beliung, peralihan monsun juga dijangka mengakibatkan kejadian banjir kilat, kepala air, pokok tumbang, tanah runtuh dan panahan kilat.- Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts


LIMA lagi penting kata walaon!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin banyak kejadian mala petaka kat Malaysia ni. Allah marah kat kita ni. Banyak sangat dosa. ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedah darul khalwat

Asal berita tangkap basah je, mesti dari kedah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:15 PM | Show all posts
Ala takut apa
Hulk Nusi kan ada
dia boleh fix semua, semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ptg smlm tu, kangar pun kena gak ribut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelig aii cakap parent dia kat Johor sana risau kalau kerap2 hujan Johor boleh banjir katanya..w/pun xdalam banjirnya..tapi skg ni lambat surut..xlarat nk berkemas bersihkan Lumpur tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 30-3-2023 10:03 PM
Kedah darul khalwat

Asal berita tangkap basah je, mesti dari kedah

Mana ade.. melake tempat pertama skrg
Asal tgkap je melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebai nak aiport tu.. berita ni isu takdir Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.684874 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list