View: 14205|Reply: 8
|
[Tempatan]
Kedah dibadai ribut, puting beliung hingga Mei ini
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Lebih banyak kejadian ribut dan puting beliung dijangka berlaku di seluruh daerah di Kedah berikutan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac lalu sehingga pertengahan Mei depan.
Menurut Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz, Kedah terdedah kepada kesan fasa peralihan daripada Monsun Timur Laut (MTL) ekoran bentuk muka bumi di negeri ini.
“Semasa peralihan monsun ini akan berlaku cuaca cerah pada sebelah pagi tetapi dijangka hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam.
“Kedah berpotensi untuk kejadian angin kencang termasuk puting beliung kerana bentuk muka bumi negeri ini yang banyak kawasan lapang seperti sawah padi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, beberapa kejadian ribut telah berlaku di negeri ini termasuk di Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada 23 Mac lalu dan di Padang Serai di daerah Kulim kelmarin.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca terutama sebelah petang memandangkan kejadian ribut dan puting beliung mampu menjejaskan struktur yang tidak kukuh.
“Elakkan berada di kawasan yang dilanda ribut ketika kejadian. Kalau kejadian di rumah cari sudut rumah yang paling kukuh dan selamat untuk berlindung.
“Ribut petir ini juga dijangka berlaku di sekitar perairan Kedah jadi nelayan kalau boleh cuba elak turun ke laut pada waktu petang,” jelasnya
Tambahnya, selain ribut dan puting beliung, peralihan monsun juga dijangka mengakibatkan kejadian banjir kilat, kepala air, pokok tumbang, tanah runtuh dan panahan kilat.- Kosmo |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Makin banyak kejadian mala petaka kat Malaysia ni. Allah marah kat kita ni. Banyak sangat dosa. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah darul khalwat
Asal berita tangkap basah je, mesti dari kedah  |
|
|
|
|
|
|
|
Ala takut apa
Hulk Nusi kan ada
dia boleh fix semua, semua |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ptg smlm tu, kangar pun kena gak ribut |
|
|
|
|
|
|
|
Kelig aii cakap parent dia kat Johor sana risau kalau kerap2 hujan Johor boleh banjir katanya..w/pun xdalam banjirnya..tapi skg ni lambat surut..xlarat nk berkemas bersihkan Lumpur tu |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 30-3-2023 10:03 PM
Kedah darul khalwat
Asal berita tangkap basah je, mesti dari kedah
Mana ade.. melake tempat pertama skrg
Asal tgkap je melaka |
|
|
|
|
|
|
|
Lebai nak aiport tu.. berita ni isu takdir Allah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|