CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11411|Reply: 6

[Tempatan] Baju Raya Rahmah dijual pada harga RM148 untuk sepasang baju Melayu manakala baju wanita tidak dapat ditetapkan kerana bergantung kepada desain seperti renda2, ropol2, labuci dan manik2

  [Copy link]
Post time 28-3-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 28-3-2023 10:06 PM


JAKELmemperuntukkan sebanyak 2 juta helai Baju Raya Rahmah.

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Baju Raya Rahmah pada harga RM148 untuk sepasang baju Melayu yang ditawarkan gedung tekstil terkenal, Jakel selepas sesi libat urus bersama syarikat berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak Jakel memperuntukkan sebanyak 2 juta helai masing-masing satu juta bagi baju Melayu jenama Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.

Bagaimanapun, katanya, harga bagi baju wanita tidak dapat ditetapkan kerana ia bergantung kepada perincian aksesori bagi setiap persalinan, namun ia masih di bawah harga mampu milik.

“Pada mulanya Jakel membuat jualan baju Melayu daripada harga RM378 diturunkan sehingga RM258 sehelai. Tetapi apabila sesi libat urus kita dengan pihak Jakel mereka setuju menetapkan harga rahmah pada RM148 yang dijual di cawangan Jakel seluruh negara.

“Ini sudah cukup untuk meredakan bebanan rakyat yang memerlukan pada Hari Raya dan ini pasti menggembirakan,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang mahu tahu adakah kerajaan menetapkan harga Baju Raya Rahmah sebagaimana Menu Rahmah pada harga RM5.

Mohd Hisamudin turut bertanya sama ada kerajaan perlu menetapkan had pembelian bagi setiap orang bagi mengelak kemungkinan ada pihak membeli secara borong untuk dijual semula pada harga tinggi yang mengakibatkan matlamat kerajaan tidak tercapai.

Salahuddin berkata, hasil sesi libat urus bersama Jakel memberi jaminan perkara itu boleh dikawal.

“Sesi libat urus bersama Jakel dan nama-nama jenama gedung terkenal lain tahu sama ada orang datang untuk borong atau membeli untuk keperluan keluarga. (Namun kita tidak tetapkan had) boleh beli sebanyak mana pun dalam satu keluarga, tak jadi masalah.

“Jakel membuat tawaran sehingga akhir syawal kerana masyarakat Melayu lepas balik kampung, orang Kuala Lumpur beraya sebulan pula. Sekiranya ada rungutan aduan tentang kualiti, maka boleh diadukan kepada KPDN kerana kita telah menetapkan perjanjian dengan industri dan kita takkan bertolak ansur tentang kualiti,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/baju-raya-rahmah-dijual-pada-harga-rm148/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahmah sungguh harga tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada lampu lip lap bentuk love kt bhgn dada mau ribu2 tu…free bateri rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu bukan rahmah, tapi ROSMAH!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 28-3-2023 10:38 PM

Buang je le Rahmah tu. RM 148 kot, mahal. I tahun ni pun tak beli/tempah baju raya. Recycle baju raya tahun2 lepas, pakai setahun sekali je, macam baru je lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nk membongak la 5 tahun lps pun baju melayu haroon ajis & nabil tu jual lg murah x pun sama mcm rega rahmah tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa forumer yg cakap harga cekik darah ni bukan harga rahmah, harga kembali ke rahmatullah...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061110 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list