CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11501|Reply: 0

[Dunia] Syabas dan banyak-banyak tahniah: Kejayaan Hakim Danish di Portugal luar dugaan

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli meraikan kejayaan menduduki tempat ketiga Pusingan 1 saingan Piala Red Bull Rokies 2023 Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, semalam. - Foto ihsan FB ZK Racing

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, Portugal meninggalkan seribu macam kenangan buat pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang menyaksikan pelumba mudanya, Hakim Danish Ramli melakar kejutan menaiki podium pada Perlumbaan 2 Piala Red Bull Rookies.

Bagi Zulfahmi, kejayaan Hakim Danish menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada awal musim pertamanya di saingan berkenaan sama sekali tidak pernah dijangka dan ini nyata memberikan satu motivasi berguna untuk mengharungi pusingan seterusnya.

"Satu keputusan yang saya tak jangkakan pada awal tahun ini," kata Zulfahmi mengenai juara Asia Talent Cup musim lalu itu. "Kita jangka, Hakim Danish menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik dan mungkin sebelum saingan berada di penghujung musim, dia akan berada dalam kelompok kelima.

"Namun (semalam), dia menunjukkan prestasi membanggakan saya dan semua pihak, apabila dia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Ini satu keyakinan yang bagus untuk kita teruskan dan bawa ke perlumbaan seterusnya di Jerez nanti."


Pada Perlumbaan 1 yang berlangsung pada Sabtu lalu, Hakim menamatkan saingan di tempat kelima manakala seorang lagi wakil negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula mengakhiri Perlumbaan 1 ditempat kesembilan dan kesepuluh.

Keputusan itu memuaskan hati Zulfahmi namun baginya, masih ada ruang peningkatan buat Danial Syahmi yang memasuki tahun keduanya dalam kejuaraan ini untuk memberikan persembahan terbaik.

"Ada beberapa perkara untuk dia perbaiki bagi mendekatkan lagi prestasinya dengan Hakim Danish," katanya yang sebelum ini pernah menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 dan Moto3.

Mengulas persembahan pertama Syarifuddin Azman dalam kancah Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia bersama pasukan MT Helmets - MSI, Zulfahmi berkata, ini adalah proses pertama untuk anak didiknya itu mengumpul pengalaman beraksi di pentas dunia sebenar.

"Ini tahun pertama beraksi (secara sepenuh masa) di Kejuaraan Dunia. Ada banyak perkara dia perlu belajar seperti daripada sudut sesi latihan, strategi dengan pasukan dan mereka (pasukan) ada memberitahu beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan untuk perlumbaan seterusnya.

"Secara keseluruhannya bagi minggu ini, saya yakin Damok (nama gelaran Syarifuddin) adalah pelumba yang perlu saya berikan perhatian lebih dan selalu berkomunikasi dengannya supaya terus bermotivasi untuk lebih meningkat lagi pada perlumbaan akan datang," kata Zulfahmi.

Pada perlumbaan semalam, Damok menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 manakala rakan sepasukannya dari Brazil, Diogo Moreira menemui penamat di tempat ketiga bagi melengkapkan pentas podium yang dimenangi Daniel Holgado (Red Bull KTM Tech3).


https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/03/1082581/kejayaan-hakim-danish-di-portugal-luar-dugaan?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.147562 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list