CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 0

Zaqhwan dan Azlan raih podium di Buriram

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Honda Asia Dream, Zaqhwan Zaidi (kiri) meraih tempat kedua bagi kategori ASB1000 Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand, sementara Azlan Shah Kamaruzaman (kanan) yang beraksi untuk Onexox BMW TKKR di tempat ketiga. (FOTO: Ihsan Asia Road Race Championship )



BURIRAM: Barisan pelumba negara tampil aksi membanggakan dalam pusingan pertama Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand yang melabuhkan tirainya pada hari ini.

Selepas bergelut dengan masalah enjin pada perlumbaan pertama semalam, pelumba berpengalaman, Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi untuk pasukan Onexox BMW TKKR dalam kategori Asia Superbike 1000 kembali memperagakan tunggangan mantap untuk perlumbaan kedua hari ini namun dia dicabar oleh rakan senegara, Zaqhwan Zaidi yang beraksi untuk pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa.

Bagaimanapun Jepun, Haruki Noguchi daripada pasukan SDG MS Harc-Pri Honda Philippines yang berjaya memintas pada saat akhir untuk sekali lagi mengungguli perlumbaan.

Zaqhwan di tempat kedua, manakala Azlan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Aksi dalam kategori Super Sport 600 juga memperlihatkan bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang beraksi untuk Boon Siew Honda Racing kembali mendapat semula sentuhan di atas litar apabila meraih tempat kedua dalam perlumbaan hari ini, hanya beberapa saat sahaja dibelakang pelumba Thailand, Nakarin Atiraphuvapat yang beraksi untuk pasukan Honda Racing Thailand.

Tempat ketiga milik Soichiro Minamimoto daripada pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean.

Khairul yang mesra disapa Superkip mencipta sensasi semalam apabila berjaya menawan podium di Buriram ketika perlumbaan pertama.

Dalam kategori Underbone 150 pula menyaksikan penguasaan penuh pelumba tempatan sepanjang dua hari perlumbaan.

Jika perlumbaan pertama semalam dimenangi Mohd Shafiq Rasol daripada pasukan Onexox TKKR Racing, perlumbaan kedua pada hari ini menjadi milik rakan sepasukannya, Mohd Hafiza Rofa.

Lebih manis Hafiza kini menerajui senarai pelumba keseluruhan kategori itu dengan mengutip 34 mata, mengatasi pelumba Indonesia, Wawa Mello yang meraih 32 mata.

Pusingan kedua ARRC akan berlangsung 12 hingga 14 Mei depan di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -podium-di-buriram/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list