CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4776|Reply: 30

[Tempatan] Mana menteri, pihak berkuasa? Pemilik rumah di ibu kota ubahsuai rumah macam tin sardin

  [Copy link]
Post time 27-3-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 27-3-2023 08:59 AM

Kuala Lumpur: Dari luar, kediaman itu nampak kecil namun mampu memuatkan sehingga puluhan bilik.

Itu taktik digunakan kebanyakan pemilik rumah di sekitar ibu kota yang sanggup mengubah suai rumah demi mengaut keuntungan berlipat ganda

Lebih tidak masuk akal, bilik berkenaan disewa pada harga 'cekik darah' selain turut mengabaikan aspek keselamatan.

Rata-rata penyewa mendakwa lokasi strategik dan berdekatan kemudahan pengangkutan awam menyebabkan mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit.

Di Lembah Klang, harga sewa bilik berbeza mengikut kawasan berkepadatan penduduk.

Tinjauan harga sewa bilik utama di satu aplikasi pengiklanan mendapati harga dikenakan antara RM650 sehingga RM900 mengikut kawasan tidak termasuk bil elektrik dan air serta caj penyelenggaraan.

Misalnya di Wangsa Maju, sewa dikenakan bermula RM700 manakala Gombak (bermula RM650), Ampang (bermula RM800) dan Setapak (bermula RM650).

Terikat dengan perjanjian yang lebih memihak kepada tuan rumah, seorang penghuni Kenneth Ruly Anak Andrew berkongsi pengalaman menyewa di sebuah rumah teres tiga tingkat yang mempunyai tujuh bilik.

Menurutnya, kesemua bilik sudah mempunyai penghuni lelaki secara keseluruhan sembilan orang namun pemilik bertindak menambah tiga lagi bilik di bahagian ruang tamu.

Lebih mengejutkan, rumah dikhaskan untuk penyewa lelaki itu turut dihuni penghuni wanita.

Bagaimanapun, katanya, sebagai penyewa dia tidak mempunyai hak bersuara.

"Pemilik kata nak tambah penghadang di ruang tamu tapi saya tengok dalam kontrak tiada pun tulis mengenai tambahan di ruang tamu.

"Jadi saya tanya untuk apa tambahan penghadang itu, pemilik beritahu nak tambah penyewa.

"Saya tidak yakin dengan cara kontraktor dilantik buat penambahbaikan itu kerana tiada pemeriksaan dilakukan. Kerja dilakukan dalam masa seminggu," katanya kepada wartawan.

Hanya berdindingkan papan lapis sebagai pembahagi ruang, Kenneth mendakwa harga sewa setiap bilik masih mahal meskipun tinggal dalam kediaman melebihi kapasiti.

Menurutnya, walaupun tinggal di perumahan elit tetapi ia sekadar nama disebabkan oleh sikap pemilik yang mahukan keuntungan.

Bukan itu saja, dia juga terpaksa parkir kenderaan jauh dari kediaman serta dinafikan hak menggunakan kemudahan yang ada di kawasan perumahan itu.

Nasib sama turut dikongsi Wan Mohamad Nabil Mohd Zuki yang mendakwa terdapat perbezaan kadar sewaan bilik yang ditawarkan kepada pelajar dan orang awam.

Penuntut universiti awam itu berkata, caj sewa dua kali ganda akan dikenakan tuan rumah sekiranya mengetahui penyewa adalah pelajar.

"Apabila tuan rumah tahu kami penuntut universiti, dia beritahu harga sewa dua kali ganda.

"Jika kami mahukan sewa RM200 hingga RM300 seorang, kena menyewa bersama 10 penyewa lain sama ada cari rakan sendiri atau penyewa dari luar," katanya yang menyewa di Seksyen 18 Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, tinjauan TV9 mendapati situasi itu seakan pengubahsuaian haram membabitkan rumah flat dan pangsapuri yang pernah tular di media sosial baru-baru ini.

Ia bukan saja berlaku di flat malah turut dikesan berlaku di kondominium, rumah teres dan banglo.

Perbuatan pemilik rumah itu gagal dikesan kerana ia dilakukan tanpa pengetahuan.

Wartawan yang melakukan penyamaran mendapati ubah suai melampau berlaku membabitkan bilik sewa dan semakin menjadi ikutan lebih-lebih lagi yang mempunyai banyak rumah untuk disewa.

Hasil tinjauan rumah sewa juga ibarat memasuki bilik karaoke tanpa ruang tamu, selain tiada pengudaraan baik di dalam rumah.

Ejen rumah yang ditemui mengakui kebanyakan rumah di kawasan berkenaan sudah diubahsuai dengan menambah bilik tanpa pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

Kuala Lumpur: Dari luar, kediaman itu nampak kecil namun mampu memuatkan sehingga puluhan bilik.

Itu taktik digunakan kebanyakan pemilik rumah di sekitar ibu kota yang sanggup mengubah suai rumah demi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 09:53 AM | Show all posts
isu dah lama..
kat ss15 dulu, dari rumah, kedai semua buat macam ni..
i pun pelik gak..
ada ke orang sewa sebab area tu private uni..
sah sah la anak orka je masing-masing..
takkan nak sewa bilik saiz kubur jugak..
lagi-lagi la ni berlambak condo apartment naik..
semoga melingkup owner yang buat bilik sewa yahudi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Penghuni OYO hotel tersenyum sinis

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:03 AM | Show all posts
bersepah dh mcm ni....rumah teres 2 tingkat 3 bilik ubah suai tmbh partion trs jd 9 blk huhuhu..hall bwh dpt 3 blk, blk master trs jd 4 blk..blk yg sediada yg tu dua..blk alahaiiiii katil single, wardrobe plastik tu.sempit gile
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kno lah nqk bising2 isu ni... Byk lagi rumah lai ut disewa
Soho sovo byk2 dibina pun tida juga bising
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 27-3-2023 10:05 AM
Kno lah nqk bising2 isu ni... Byk lagi rumah lai ut disewa
Soho sovo byk2 dibina pun tida juga bisin ...

Pusat tahfiz terbakar dulu ko lupa ka? Macam mana tahap keselamatan nya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-3-2023 09:53 AM
isu dah lama..
kat ss15 dulu, dari rumah, kedai semua buat macam ni..
i pun pelik gak..

Bkn sumer stodeng yg masuk ipts jenis yg mampu.. sbb tu deme verani wat cenggitu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah benar penguatkuasa depan mata aku:
1.'borak' ngn peniaga warga asing bawah stesen BRT South Quay.Sampai arini warga asing tu msh aman berniaga kt situ.Nk ckp apa lg pasai penguatkuasa negara kita ni walau sapa pung perintah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 11:20 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 27-3-2023 11:08 AM
Bkn sumer stodeng yg masuk ipts jenis yg mampu.. sbb tu deme verani wat cenggitu..

area ss15 tu sewa bukan kelingkeling yach..
satu bilik saiz kubur rental mula dari 4 ratus jugak..

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Msia dek.. dari dulu lagik yg wujud gigih menteri kesihatan, menteri kewangan je dek.. yg lain tu krik x3  dek!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik menyewa dr membeli katanyahhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:50 AM | Show all posts
jadi apa masalah kalau ada supply & demand...keselamatan pun ok...ingat rumah anda selamat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:13 PM | Show all posts
sikit2 panggil menteri bila masa lah menteri nak fikir idea kreatif nak memajukan negara kalau asik dilambak kan masalah remeh acik2 forum pun reti setel.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau rege camtu baik sewa wetopia..ekon lagik..ada bibik cuci bilik setiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-3-2023 12:13 PM
sikit2 panggil menteri bila masa lah menteri nak fikir idea kreatif nak memajukan negara kalau asik  ...


Habis kalu besok anak theyols kena rogol bergilir kena bunuh salahkan kerajaan jugak. Nak salahkan management.. nak salahkan owner.. pak guard. Bukan ada duit pun nak saman.. lepas tu petik perkataan keramat.. redha. Ko lain laaaa gayah tua idop sebatang kara! Raya mane tahun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pondan sentap dgn komen aku. Berdarah teruk kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 27-3-2023 12:20 PM
Habis kalu besok anak theyols kena rogol bergilir kena bunuh salahkan kerajaan jugak. Nak salahkan ...

Pondan tuo sbtg kara???




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 01:21 PM | Show all posts
ni semua ajaran2 sifoo hartanahh from hell
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 27-3-2023 12:20 PM
Habis kalu besok anak theyols kena rogol bergilir kena bunuh salahkan kerajaan jugak. Nak salahkan ...

Decaff gayah ka? Patut la aritu iols kata lelaki once dah kena tusuk dari blakang, takleh turn bek hadi stret, dia beriya nafikan.. pastu bila iols soh try, tak menjawab sampai arini.. rupanya dah berkali2 kena tusuk dari blakang.. baru iols tau..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-3-2023 11:20 AM
area ss15 tu sewa bukan kelingkeling yach..
satu bilik saiz kubur rental mula dari 4 ratus jugak.. ...

Kalau KL PJ mmg rega cenggitu.. takde org pantau, takde org cek, nnt jadi la mcm bilik kubur kat HK nun..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.064636 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list