CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2822|Reply: 8

[Dunia] Israel bergolak, makamah gesa Netanyahu dihukum

  [Copy link]
Post time 27-3-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TEL AVIV: Sebuah kumpulan pejuang tadbir urus baik Israel, Gerakan untuk Kerajaan Berkualiti, meminta Mahkamah Agung menghukum Benjamin Netanyahu kerana didakwa melanggar perjanjian berkait konflik kepentingan.

Ia bagi menghalang Netanyahu daripada terbabit dalam usaha merombak badan kehakiman Israel, ketika Perdana Menteri itu berdepan perbicaraan atas pertuduhan rasuah.

Semalam, gerakan itu meminta mahkamah memerintahkan Netanyahu untuk mematuhi undang-undang berkenaan, dan menghukumnya sama ada dengan denda atau penjara jika beliau enggan.

Ketua kumpulan itu, Eliad Shraga, menegaskan Netanyahu akan dipaksa supaya akur kepada undang-undang dan peruntukan yang digariskan.

Perancangan kerajaan pimpinan Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman Israel, mencetuskan bantahan meluas yang menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi menentang langkah itu.


Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, semalam turut menggesa supaya perancangan itu dibekukan, dengan memetik keadaan bergolak dalam barisan tentera berhubung perkara berkenaan. - AP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 08:38 AM | Show all posts
Alhamdulillah..berkat bulan Remdan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols caya jahh mamat ni terlepas..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:14 AM | Show all posts
wpun taktahu apa punca sebenarnya, aku OK je kalau dorang nak bergolak sesama sendiri. bak kata orang, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan tu lebih berbahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:12 AM | Show all posts
nak heran apa.Arab dah beribu tahun berbunuh sama sendiri tak kecoh pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Benjamin Satanyahu!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman yahoo group pernah viral benjamin natenyahu tengah menderita penyakit misteri sehingga kurus macam tulang

Ariel sharon pulak mati ditelan bumi kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 06:56 AM | Show all posts
kemaruk replied at 27-3-2023 11:29 PM
Dulu zaman yahoo group pernah viral benjamin natenyahu tengah menderita penyakit misteri sehingga ku ...

Ariel Sharon koma bertahun2 baru mampus. Katanya badan dia mengecut, dah tak serupa orang dah. Balasan setimpal untuk Butcher for massacre of Sabra dan Shatila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 27-3-2023 11:29 PM
Dulu zaman yahoo group pernah viral benjamin natenyahu tengah menderita penyakit misteri sehingga ku ...

Abis yang berlegar2 kat wasap grup,jasad ariel sharon berulat muka tu recycle la ya?masih idup tapi dah macam mayat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074672 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list