CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9013|Reply: 2

[Jenayah] Serang imam ketika solat Subuh

[Copy link]
Post time 26-3-2023 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, di sini, hari ini.


TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki menyerang imam ketika sedang solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. FOTO Ihsan polis

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

"Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu 'roller shuter' masjid.



"Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

"Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini

Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: Mac 26, 2023 @ 5:43pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
@Raline … benang ko dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketom menjadik naik kepala ke dek??

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053318 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list