CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5716|Reply: 0

Khairul Idham menang Perlumbaan 1 Kejuaraan Motosikal Asia

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Boon Siew Honda, Khairul Idham Pawi meraikan kejayaan memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC di Buriram, Thailand, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Khairul Idham Pawi kembali menemui sentuhan kemenangan apabila memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, bekas pelumba Moto2 dan Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia itu menemui garisan penamat bagi perlumbaan kelas SS600cc di tempat pertama dengan catatan 20 minit 03.796 saat (s).

Tempat kedua menjadi milik pelumba Honda Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat yang ketinggalan 0.286s dibelakang Khairul Idham manakala rakan sepasukannya, Helmi Azman melengkapkan pentas podium ditempat ketiga (20:04.186s).

"Pasukan saya sudah berusaha dengan begitu gigih pada minggu ini. Pada permulaan perlumbaan, saya cuba untuk menjarakkan kedudukan namun pada pusingan keenam dan ketujuh, tayar kurang mencengkam jadi saya cuba bertenang dan mengawal pelumba dibelakang saya," kata Khairul Idham.

Dalam saingan perdana ASB 1000cc, pelumba SDG MS Ha RC-Pro Honda PH, Haruki Noguchi memenangi Perlumbaan 1 sekali gus mengenepikan dua bekas juara dari Malaysia Azlan Shah Kamaruzaman (juara 2019) dan Zaqhwan Zaidi (2022).

Noguchi menemui garisan penamat dengan catatan 20 :54.882s manakala Azlan mewakili pasukan ONEXOX BMW TKKR TEAM berada ditempat kedua (20 :55.567s). Zaqhwan yang mewakili Honda Asia-Dream Racing with Showa pula ditempat ketiga, 20 :55.698s.

Namun setiap pelumba masih berpeluang untuk merebut 25 mata pada Perlumbaan 2 yang dijadual berlangsung esok.

https://www.bharian.com.my/sukan ... raan-motosikal-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.517807 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list