CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5890|Reply: 0

[Dunia] Gempa mengubah segala

  [Copy link]
Post time 26-3-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

UMAT Islam melakukan solat Tarawih di Masjid Hagia Sophia Istanbul pada malam pertama Ramadan.

Minggu pertama Ramadan tahun ini tidak banyak beza seperti tahun lalu di mana semua umat Islam dapat menyambut bulan mulia ini dalam keadaan 'bebas' daripada Covid-19 atau sekatan pergerakan.

Tahun lalu adalah kali pertama penduduk dunia merasa nikmat menyambut Ramadan tanpa sebarang sekatan atau peraturan berkaitan Covid-19, selepas dua tahun menjalani ibadah berpuasa dengan pelbagai 'boleh dan tidak boleh.'

Di beberapa lokasi, solat Tarawih dapat dilaksanakan pada skala lebih besar.

Di Istanbul, Turkiye, penduduk Islam di sana ternyata menikmati Ramadan lebih bermakna tahun lalu kerana solat Tarawih kembali ke Masjid Hagia Sophia Istanbul buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun.

Bagaimanapun, di sudut lain di Turkiye tahun ini, umat Islam berdepan Ramadan yang sangat berbeza dan serba kekurangan selepas kediaman mereka musnah akibat gempa bumi dahsyat yang berlaku Februari lalu.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda sebahagian Turkiye dan Syria, mengorbankan lebih 52,000 orang dengan lebih 200,000 bangunan di Turkiye sama ada runtuh atau rosak teruk.

Weam Ghazal, melalui kolum di The National News berkongsi pengalamannya menjalani ibadah puasa selepas menjadi mangsa gempa bumi di bumi Turkiye berkata, pada waktu malam di Gaziantep, dia masih berasa seolah-olah ada gegaran berlaku.

Dia yang juga warga Syria menetap di Turkiye, perlu melihat mentol untuk memastikan adakah gegaran benar-benar berlaku atau hanya perasaannya.

Keadaan berkenaan sedikit mengganggu hingga dia tidak dapat tidur lena.

Katanya, tahun-tahun sebelum ini, sahur adalah waktu yang menyeronokkan bagi keluarganya. Kini, apabila dia terjaga sebelum Subuh adalah kerana bimbangkan gegaran.

Waktu berbuka puasa juga janggal tahun ini kerana dia perlu mengharungi Ramadan seorang diri kerana keluarganya berpindah ke tempat lebih selamat.

Rumah kakaknya, tempat mereka sekeluarga berkumpul untuk berbuka puasa saban tahun, akan dirobohkan dalam masa terdekat.

Sebagai warga Syria yang sedih meninggalkan kampung halaman untuk mendapat perlindungan di Turkiye, Weam berdepan kesedihan sekali ganda apabila tempatnya berteduh di Turkiye pula musnah akibat gempa bumi.

AP melaporkan, Ramadan kali ini, ramai yang akan bergelut untuk mendapatkan makanan di tengah-tengah kenaikan harga yang didorong sebahagiannya oleh perang di Ukraine.

Iran, Mesir dan Lubnan sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang telah melemahkan mata wang tempatan mereka, menjadikan banyak barangan ditawarkan lebih mahal.

Bagi Rama Jamal, Ramadan ini dihadapai tanpa perasaan kerana dia kini sebatang kara.

Katanya, kehadiran Ramadan sangat dinanti-nantikan saban tahun kerana ia adalah waktu terindah buat keluarganya.

Menurutnya, ibunya akan menghias kediaman mereka dan duduk bersama membaca al-Quran.

Kini dia tinggal bersendirian di wilayah Idlib utara Syria yang dilanda perang. Selepas hidup dengan peperangan lebih sedekad, ibu bapa dan abangnya terbunuh dalam gempa bumi.

Rama berkata, tiada kegembiraan buatnya pada Ramadan ini kerana dia merindui keluarganya sepanjang masa.

Di Semenanjung Gaza pula, penduduk bergelut untuk menghadapi harga makanan lebih tinggi selain bimbangkan kemungkinan berlakunya perang lain di tengah-tengah keganasan Israel-Palestin yang meningkat selama berbulan-bulan.

Mohammed Forra, pemilik kedai runcit di Bandar Gaza berkata, harga banyak makanan ruji telah meningkat secara mendadak dengan harga rempah masakan meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu.

Di saat saudara seagama kita berdepan pelbagai dugaan pada Ramadan ini, kita di Malaysia harus bersyukur kerana masih diberi peluang menempuh Ramadan dengan pelbagai nikmat.

Nak Tarawih di masjid tiada halangan, nak ke bazar Ramadan juga tiada sekatan. Walaupun ramai mengeluh harga barangan semakin mahal, namun kita masih ada pilihan. Kempen Rahmah sana sini juga rancak dijalankan.

Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan lebih berkualiti dan diberi rezeki lagi menempuh Ramadan tahun depan.


https://www.hmetro.com.my/rencana/2023/03/949377/gempa-mengubah-segala

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.099491 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list