CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6505|Reply: 3

[Politik] Lantikan mereka yang tewas untuk kukuhkan UMNO - kata Ahmad Zahid sambil menambah yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua…korang ok kan…

  [Copy link]
Post time 26-3-2023 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 26-3-2023 06:53 AM


Ahmad Zahid (tengah) menyerahkan replika cek sumbangan Program Tuisyen Rakyat kepada wakil Sekolah Menengah Sg Choh sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batu 8, Gombak Utara pada Jumaat. - Foto Bernama -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan melantik mereka yang tewas pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan tertentu, sebagai satu keterangkuman dalam usaha mengukuhkan UMNO.

"Yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua, maka keterangkuman ini saya lakukan demi kukuhkan parti yang di mata orang luar sedang berada dalam keadaan cacamarba.

"Keputusan dibuat di peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan nasional saya lihat satu gelombang baharu dan saya harus bersama mereka untuk membina kekuatan baharu UMNO, rapatkan saf pemimpin di setiap peringkat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Masjid Batu 8 di Gombak Utara, dekat sini pada Jumaat.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2023-2026 yang pertama pada Rabu lepas memutuskan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai MT UMNO (lantikan) dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Turut diumumkan pelantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO.

Shahrizat tewas dalam persaingan merebut jawatan Ketua Wanita manakala Mahdzir dan Reezal Merican kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.

Pemilihan UMNO yang selesai diadakan Sabtu lepas menyaksikan Datuk Dr Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita manakala tiga jawatan Naib Presiden dimenangi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/251297/berita/politik/lantikan-mereka-yang-tewas-untuk-kukuhkan-umno---ahmad-zahid

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 03:39 PM | Show all posts
Ok kepala buttttt

sib baik poserr
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup Wak Zahid. Pemimpin Agong UMNO dan tulang belakang utama Kerajaan Madani
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.294892 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list