CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6084|Reply: 1

[Politik] PRN: Gerakan tetap tanding di semua negeri walaupun DAP dengan nada sinis suruh bubarkan sebab sudah tidak relevan

[Copy link]
Post time 26-3-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Dominic (dua dari kanan) pada sidang media sempena Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Yang Ke-51 di ibu negara pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan hasrat meletak calon parti itu bertanding di semua negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menjelaskan, rundingan pemilihan kerusi pada PRN akan datang juga telah dibuat bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini berhubung Gerakan patut dibubarkan kerana tidak dapat mandat rakyat.

Menurut Dominic, walaupun tidak mendapat mandat daripada rakyat tetapi Gerakan akan terus kekal relevan.

Beliau berkata, Anthony Loke tidak faham kenapa Gerakan terus kekal relevan walaupun sudah kalah dalam beberapa pilihan raya.

"Ini kerana Gerakan bukan seperti DAP. Mendapat mandat daripada menipu rakyat dengan janji-janji kosong.

"Sebelum pilihan raya mereka cakap ingin iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersama), AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971), dan pilihan raya kerajaan tempatan. Mana janji-janji itu? Penipuan ini dibuat untuk mendapat mandat rakyat tetapi mereka hanya diam selepas mendapat mandat," jelasnya.

Tambah Dominic, Gerakan akan terus kekal relevan kerana mempunyai prinsip dan akan menunaikan janji-janji sekiranya diberi mandat pada pilihan raya akan datang.


https://www.sinarharian.com.my/article/251395/berita/politik/prn-gerakan-tanding-di-semua-negeri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 08:22 AM | Show all posts
"Sebelum pilihan raya mereka cakap ingin iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersama), AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971), dan pilihan raya kerajaan tempatan"

3 ketakutan orang melayu (for now). Baik DAP focus benda2 yang boleh capai macam MCA dulu2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.365103 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list