CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4795|Reply: 2

[Tempatan] Pakej Rahmah Haji ditawar serendah RM50,000

  [Copy link]
Post time 25-3-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 25-3-2023 11:29 PM


MOHD. Na'im Mokhtar beramah mesra bersama para pempamer selepas Majlis Pelancaran Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023M di Pusat Konvensyen MHCC, Sepang Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

SEPANG: Bakal jemaah haji tahun ini berpeluang merebut Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada harga pakej serendah RM50,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, seramai 23 PJH yang ditemui menyambut baik Pakej Rahmah Haji itu.

Menurutnya, beliau juga mendapati ada PJH yang menawarkan harga lebih rendah daripada RM50,000 iaitu sekitar RM43,000 dan RM45,000 bagi setiap bakal jemaah haji tahun ini.

“Alhamdulillah, dengan tawaran RM50,000 ini, kita harap lebih ramai mengambil tawaran yang disediakan itu,” katanya dakam sidang akhbar selepas melancarkan Karnival PJH di sini, hari ini.

Mengulas penganjuran Karnival PJH itu, Mohd Na’im berkata, karnival julung kali itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada bakal jemaah haji mengenali lebih rapat 23 PJH yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini.



“Seperti sedia maklum banyak berita yang menyebut tentang bakal jemaah haji yang ditipu oleh ejen atau agensi yang tidak bertanggungjawab.

“Bagi menjamin kualiti perkhidmatan, setiap lantikan pengelola jemaah haji melalui proses penilaian dan saringan serta standard tertentu, barulah lesen diberikan,” katanya.

Katanya, rakyat yang berhasrat menunaikan ibadah haji tidak lagi perlu bimbang dan ragu-ragu kerana perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

Ditanya sama ada jumlah PJH akan ditambah pada masa depan, Mohd Na’im berkata, jumlah itu boleh ditambah selagi ia memenuhi syarat ditetapkan TH dan tidak kompromi dari segi kualiti.

“Saya tidak nampak masalahnya, yang penting mereka (PJH) memenuhi syarat ditetapkan. Lebih banyak lebih bagus kerana apa yang penting, pengelola PJH ini bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu isu di mana mereka (bakal jemaah) ditipu dan sebagainya. Kita mahu minimumkan isu itu dan menghalang sebarang kemungkinan berlaku,” katanya.

Karnival Pengelola Jemaah Haji dianjurkan TH dengan kerjasama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Malaysia (BUMITRA) selama dua hari bertempat di Movenpick Hotel & Covention Centre, di sini.

Pelbagai aktiviti dan program bermanfaat dirancang termasuk simulasi haji, aktiviti praktikal ibadat haji dan program bual bicara selain turut menyasarkan 5,000 pengunjung. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/pakej-rahmah-haji-ditawar-serendah-rm50000/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
…beliau juga mendapati ada PJH yang menawarkan harga lebih rendah daripada RM50,000 iaitu sekitar RM43,000 dan RM45,000 bagi setiap bakal jemaah haji tahun ini...kalau rahmah patut start dr RM42,000 lah…tak gitu???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 08:04 AM | Show all posts
PJH = Pengelola Jemaah Haji = private hajj operator

Baru tahu ada pakej RM43K dan RM45k. Tahun lepas yg paling murah (jika tak silap) adalah atas drp RM 50K.

Yg lebih penting adalah no giliran haji. Jika tiada, samada visa furada/mujamalah disediakan secara percuma atau kena bayar? Dan berapa harga visa2 tersebut?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-6-2023 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082860 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list