CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8582|Reply: 43

[Tempatan] Ini asrama ke kandang kambing:inilah keadaan asrama di SMK M****' - Ibu bapa kiciwa lihat keadaan asrama sekolah,

  [Copy link]
Post time 25-3-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-3-2023 10:34 PM

Sesi persekolahan baru sahaja dimulakan dan sudah semestinya ramai pelajar yang tidak sabar kembali ke sekolah dengan harapan dapat menimba ilmu dengan damai dan tenang.
  


Namun, timbul pula satu video di media sosial yang menunjukkan kemudahan asas di asrama sekolah berada dalam keadaan rosak. Hal itu mengundang rasa kecewa golongan ibu bapa yang menghantar anak masing-masing ke sekolah berasrama itu.



Menurut pengadu, David Anthony, video itu dirakam di sebuah sekolah di Mukah, Bintulu, Sarawak. Sejak dimuat naik 19 Mac lalu, video tersebut telah ditonton lebih dari 94,000 tontonan yang rata-ratanya memberi reaksi terkejut dan sedih melihat keadaan dalam asrama berkenaan.

"Macam mana nak suruh anak tinggal kat sini? Ingatkan anak akan tinggal dengan selesa di asrama," kata salah seorang ibu pelajar dalam video itu.

Berdasarkan video, kelihatan jelas almari yang disediakan untuk pelajar mengalami kerosakan teruk, pintu tercabut, kotor dan lusuh. Manakala katil bertingkat pula ada yang rosak, tidak berkerangka atau kurang kerangka asas. Lebih teruk lagi, keadaan tilam yang dipercayai berkulat.



Dalam video itu juga kedengaran bunyi 'bertukang' yang dipercayai dilakukan oleh ibu bapa pelajar yang cuba membaiki struktur katil atau almari.



Enggan menyalahkan mana-mana pihak, netizen menyarankan pihak sekolah mengenakan deposit pada setiap pelajarnya agar harta benda di asrama kekal berada dalam keadaan baik.



"Patutnya pihak sekolah minta deposit daripada student sebelum masuk ke asrama. Kalau keadaan asrama jadi macam ni (seperti dalam video), deposit burn terus. "Beginilah manusia apabila menggunakan harta orang sesuka hati," kata Madzihi.



"Bukan nak salahkan sesiapa tetapi mentaliti budak-budak yang susah dididik mengenai kepentingan aset sekolah dijaga. Yang merosakkan aset-aset ini adalah di kalangan budak sekolah itu sendiri. Kementerian Pendidikan (KPM) harus mengeluarkan satu pekeliling bagi membenarkan kutipan deposit daripada budak-budak sekolah bagi mengekang kejadian seperti ini berulang lagi," kata Jiang.



Sumber: Facebook David Anthony

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 10:47 PM | Show all posts
Reban ayam lagi cantik dik oii...kesian..tiap2 tahun announce bajet pendidikan sampai bilion hujung2 ni hasilnya..byk sgt makan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:12 PM | Show all posts
Have seen worst. Tak hairan pun.
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana ni? Teruk bebenor
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:07 AM | Show all posts
bila mikir balik. beli cat kayu seliter beli kayu sikit repair sendiri. tak sampai 100 pun modal sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg mula2 guna kemudahan ni lah yg untung..serba baru dan cantik..tp yg terkemudian la yg rugi..dpt sisa2 bekas org yg perangai mcm beruk maknyeh..smp rosak segala kemudahan yg ada...hmmm mentaliti msg2 yg mental.. kehkehkeh wahai org Sarawak, pergilah minta derma dkt Tertaib mahamud...org kaya berbini Arobbiyyah... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm asrama desa
Aku fobia dabel deker kayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tengok lagik teruk lagi nie. tah manusia ke beruk tah yang duduk sebelum nie. padahal barang tu baru2 lagi tapi rosaknya macam berpuluh taun dah pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 01:45 AM | Show all posts
Beli katil besi ikea tu tahan.. baru 499 2 tingkat. Klu rosak beli spare part jah. Katil kayu mcm ni pun berapa la harga lepas mark up
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 05:42 AM | Show all posts
Almari tu nmpk ketara nazaknyaaa... buang ajelahhh..jijiksss chuols
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Pendidikan makan gaji buta & sibuk melayan kehendak2 non malay instead of address isu2 kedaifan sekolah macam ni.... Ingatkan better drpd Maszlee Malik kasut hitam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pelik jadi kt sarawak nuh.. Kt sana kontraktor makan duit lebih konon skolah pedalaman.. Tapi hasil kerja cam reban
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 07:00 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 26-3-2023 06:05 AM
Menteri Pendidikan makan gaji buta & sibuk melayan kehendak2 non malay instead of address isu2 kedai ...



menteri sekarang baru berapa bulan?
time korang dulu buat apa?
33 bulan kan? makan gaji buta?

Dr Mazlee at least banyak juga sekolah di Sarawak dapat upgrade
kasut hitam tu apahal? anak tiada join koko ke?
padahal kasut hitam menyenangkan hidup, 1 kasut cukup dah untuk seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 07:43 AM | Show all posts
KPM kena contohi jabatan penjara. Kalau boleh buat juga lawatan ke zoo untuk cari idea rekabentuk kandang, eh bilik yang sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 26-3-2023 07:00 AM
menteri sekarang baru berapa bulan?
time korang dulu buat apa?
33 bulan kan? makan gaji buta?

Eh time Amazon umum nak melabur biliyun biliyun RM kat Malaysia baru ni tak tahu malu pulak ye PMX & juak2 walanon take credit & tak timbul pulak tu hasil kerja sebelum PH naik memerintah wakakakakaka..... Yg best nak claim, yg hampeh cepat je disclaim guna hujah baru berapa bulan jadi kerajaan muka tak tahu malu betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang cikgu pun, tak kan tak audit dulu faciliti asrama tu sebelum buka sekolah. Sebulan cuti sekolah kot, ni mmg nampak pihak pengurusan sekolah lemah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
selawak misti mau bayar utang dulu maaa....baru kita kasi bajet beiki sekolah maaaa- menteri kewayangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Student ramai ajak lah mereka buat task mencuci.. Repair etc... Parent complaints ajak sekali
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 11:19 AM | Show all posts
Kandang kucing kadang lagi cantik dari ni.  Masa sekolah cuti panjang patutnya diambil peluang untuk bersih atau tukar apa2 yang rosak.  Bukan tunggu sekolah dah buka baru nak fikirkan masaalah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 25-3-2023 04:50 PM
Pernah tengok lagik teruk lagi nie. tah manusia ke beruk tah yang duduk sebelum nie. padahal barang  ...

Standard la asrama sekolah harian bebudak jantan. Hari ni datang perabot baru, sejam kemudian dah patah mematah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073653 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list