CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10557|Reply: 0

[Kedah] Tak sedar dua babi melintas

[Copy link]
Post time 25-3-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Tak sedar dua babi melintas

oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA  25 Mac 2023   11:48am






Dua penunggang motosikal terlibat kemalangan selepas merempuh babi melintas




SUNGAI PETANI - Dua penunggang motosikal cedera selepas terbabit kemalangan dengan dua ekor babi yang melintas jalan dalam kejadian di Semeling malam Jumaat.


Kedua-dua penunggang berusia 22 dan 35 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Semeling ke Bedong menggunakan Jalan Pintasan Semeling.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua motosikal sedang bergerak dari arah sama menuju ke hadapan di laluan tersebut.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal tidak sempat mengelak dan terlanggar babi yang secara tiba-tiba melintas dari kanan ke kiri jalan.

"Dalam masa sama, sebuah lagi motosikal yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa di hadapan.

"Kedua-duanya yang mengalami luka di muka dan tangan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1969 (Peraturan 10 LN 166/59.


Difahamkan, dua ekor babi berkenaan mati di tempat kejadian.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.236601 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list