CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5150|Reply: 0

RNF MotoGP Racing Team taja Hakim, Danial

[Copy link]
Post time 25-3-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
RNF MotoGP Racing Team taja Hakim, Danial


Prinsipal Pasukan RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali (tengah) bersama Muhammad Hakim Danish Ramli (kiri) dan Danial Syahmi Ahmad Shahril. - Foto ihsan RNFRacing Official


KUALA LUMPUR: RNF MotoGP Racing Team menjadi penaja bagi pelumba muda ZK Racing, Muhammad Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Ahmad Shahril yang bakal membuat penampilan pada Red Bull MotoGP Rookies Cup bermula 25 Mac hingga 10 September ini.

ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan penajaan menerusi prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.

"Pusingan itu akan bermula hujung minggu ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan Program Road To MotoGP di Malaysia dan telah memberi sokongan kepada Hakim Danish dan Danial Syahmi sejak awal karier mereka," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Danial Syahmi, 21, berkata tajaan berkenaan membantu dalam perjalanan kariernya selain bersedia memberikan yang terbaik dalam perlumbaan musim ini.

"Saya akan memastikan diri saya kekal berdaya saing dalam kejuaraan ini," katanya.

Hakim Danish, 16, pula menjanjikan prestasi yang kompetitif bagi musim pertamanya dalam kejohanan berkenaan.

Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.

- BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... m-taja-hakim-danial

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057007 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list