CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10749|Reply: 147

[Tempatan] Peniaga bazar Ramadan tersepit, antara jaga hati pelanggan dan mendapatkan keuntungan.

  [Copy link]
Post time 25-3-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuantan: Peniaga bazar Ramadan berharap pembeli dapat memahami situasi yang dihadapi mereka apabila terpaksa menaikkan harga makanan bagi menampung kos berikutan kenaikan harga bahan mentah.

Tinjauan Harian Metro sekitar bazar Ramadan di sini, mendapati beberapa makanan popular seperti martabak dan ayam golek selain kuih-muih tradisional mengalami kenaikan harga antara 50 sen sehingga RM2.


Peniaga martabak, Saidi Ismail, 56, berkata peniaga kini tersepit antara menjaga hati pelanggan dan mendapatkan keuntungan.

"Memang kami sedar keputusan menaikkan harga makanan yang dijual bukan langkah terbaik namun kami tiada pilihan memandangkan harga bahan mentah yang digunakan naik mendadak.


"Sebagai contoh, satu kilogram (kg) bawang Holland naik daripada RM20 tahun lalu kepada RM56 tahun ini, daging kisar daripada RM13.50 tahun lalu naik kepada RM21 sekarang dan sepapan telur daripada RM8 naik kepada RM13.

"Malah, kadar sewa tapak bazar Ramadan juga naik sebanyak RM100 daripada RM800 tahun lalu kepada RM900 pada tahun ini," katanya ketika ditemui di sini, petang kelmarin.

Katanya, berikutan kenaikan kos, dia terpaksa menaikkan harga martabak daripada RM10 kepada RM12 pada tahun ini.

Peniaga lain, Azman Abdullah, 43, pula berkata, sepanjang berniaga ayam golek sejak 2006, dia tidak pernah menaikkan harga jualan namun terpaksa berbuat demikian tahun ini untuk menampung kos.

"Hampir semua bahan mentah yang digunakan naik harga seperti ayam daripada RM8 naik sehingga RM10 seekor, serbuk kunyit daripada RM36 kepada RM49 untuk tiga kg, serai naik RM1 menjadi RM9 untuk 100 batang dan halia juga naik daripada RM6.50 kepada lebih RM8 untuk satu kg," katanya.

Katanya, pada tahun ini dia menjual ayam golek dengan harga RM25 seekor iaitu kenaikan sebanyak RM1.

Sementara itu, peniaga kuih-muih, Noraini Abdul Razak, 35, berkata kebanyakan kuih yang dijual dihantar oleh orang lain namun ada juga sebahagiannya dibuat sendiri.

"Kenaikan harga telur, tepung dan minyak masak menyebabkan pembekal menaikkan harga kuih-muih antara 50 sen hingga RM1.

"Memang ada tekanan kepada kami golongan peniaga kerana jika mahu menaikkan harga terlalu tinggi takut tidak laku," katanya.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 09:23 AM | Show all posts
toksah meniaga
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni Masih belum ke pasar remdan lagi..
Iols suka makan samosa kat.taman iols ni..entah kenapa..walaupung kulitnya tebal ..haha...
Kuih2 biasa iols.order.je kat yang biasa jual..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 lain bulan lain x meniaga ke? Tnya jee..
Sbb klu sedap, konsisten n jga kualiti mahal pn org beli or mmg ada pelanggan tetap dh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo konsisten sedap,mahal pn org beli.
Org kita ni cuma bkira bab kos² utk ank,tang nk penuhkn tembolok duit ada pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:18 AM | Show all posts
aechae replied at 25-3-2023 09:55 AM
Hari2 lain bulan lain x meniaga ke? Tnya jee..
Sbb klu sedap, konsisten n jga kualiti mahal pn org b ...

pembeli plak nak kena fikir masalah rintihan dia
dia ada fikir masalah pembeli ke
bila orang tak beli kata takde orang support la, xmau tgk melayu maju la apa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam buat agar2 milo. Modal dekat rm20. Dapat lah 5 bekas plastik. Puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-3-2023 09:47 AM
Tahun ni Masih belum ke pasar remdan lagi..
Iols suka makan samosa kat.taman iols ni..entah kenapa.. ...

Mesti chuols maksudkan pasar remdan yang kat area lotus bukit puchong tu kan sis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 25-3-2023 10:21 AM
Semalam buat agar2 milo. Modal dekat rm20. Dapat lah 5 bekas plastik. Puas hati.

Kau habiskan semua 5 bekas lalu menempah diabetes atau kau ambik 1 jah manakala yang lain kau sedekah kat jiran2 sis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:36 AM | Show all posts
aku beli kuih je.. tp tak suka yg siap pack tu.. sbb kita bukan nak makan  banyak..
jadi cari laa yg jual seketul2 tu
lauk2 mmg masak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:44 AM | Show all posts
baru pi param baru2 ni, kuih sepotong singgit siut

murtabak nipis biasa biasa je harga 5 hinggit, kalo yg tebal dan isi banyak maunye sepuluh hinggit

aku bajet paling cikai sorang kena spent almost 15 hinggit sekali makan, kalo satu family tu ada 5 org, kurang2 dekat 60 hinggit kena keluarkan duit utk beli
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 25-3-2023 10:26 AM
Kau habiskan semua 5 bekas lalu menempah diabetes atau kau ambik 1 jah manakala yang lain kau sede ...

Dah habis 2 bekas makan anak beranak. Harini boleh makan lagi. Satu bekas potong halus2 letak dalam air soya. Buat sendiri boleh adjust tahap kemanisan sis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 25-3-2023 10:39 AM
4 bekas bagi org ye? Kalau sendiri mkn jemu la kan takkan tiap hari agar2 milo

2 bekas dah makan anak beranak. Harini sambung lagi. Lagi sejuk lagi best. Satu bekas letak dlm air soya. Lagi puas buat sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 25-3-2023 10:24 AM
Mesti chuols maksudkan pasar remdan yang kat area lotus bukit puchong tu kan sis?

Va va vaaaa
Jom pookey kita berbuka di sanaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:32 AM | Show all posts
limesherbet replied at 25-3-2023 11:14 AM
Murtabak nipis rm5 tu harga standard...tebal mmg rm10. dah bertahun harga camtu di sini.

Tapi i  ...

bukan apa dulu dok beli muratabak harga 2 hinggit je sekeping
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 25-3-2023 10:44 AM
baru pi param baru2 ni, kuih sepotong singgit siut

murtabak nipis biasa biasa je harga 5 hinggit, k ...

Murtabak muslim kt pasar malam jelatek setiap jumaat i slalu beli sepanjang tahun dlu hrga rm3.50 tahun ni rm4… ada byk ‘branch’ lh jugak brand ni rsa n harga sama je xkira bln puasa ke tidak… xda plak org nk beratur pnjang2 sbb nama n banner biasa2 je kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 11:39 AM | Show all posts
Nak murtabak murah sila migrate ke Singapore tapi bayar dalam Sing dollar la

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:39 AM | Show all posts
aechae replied at 25-3-2023 11:37 AM
Murtabak muslim kt pasar malam jelatek setiap jumaat i slalu beli sepanjang tahun dlu hrga rm3.50  ...

mcm tak percaya je beli murtabak harga 5 hinggit tapi nipis piang
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:39 AM | Show all posts

toksah lah beli

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ini belum pergi param, tahun lepas pun x pernah berparam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.079907 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list