CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5022|Reply: 4

[Tempatan] 1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan kepada rakyat

  [Copy link]
Post time 25-3-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Setiap kali menjelang Ramadan, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup dikenali dengan bakat dan kebolehan memasak, pastinya tidak ketinggalan menyinsing lengan baju menyediakan juadah bubur lambuk Pahang untuk diagihkan kepada rakyat.

Tahun ini, Tunku Azizah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli membantu menyediakan juadah itu.

Seri Paduka Baginda berdua dibantu kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) yang bergotong-royong seawal 10 pagi tadi.

Tunku Azizah bertitah, bubur lambuk Pahang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menggunakan pucuk paku merah.

Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 09:27 AM | Show all posts
Why bubur Pahang. Diakan orang Johor?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bubur tu macam sedap, teringin nak makan bubur lambuk sefood
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubur lambuk sesetengah negeri memang letak pucuk paku merah. I makan bubur lambuk terengganu pun ada pucuk paku merah. Semua pun special. Yih
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tak dia masak? Ada sapa2 pernah try?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060069 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list