View: 4427|Reply: 2
|
[Tempatan]
1.9 juta kenderaan di lebuh raya PLUS, orang ramai pulang berpuasa di kampung
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka keluar dari Lembah Klang apabila warga kota pulang ke kampung masing-masing sempena cuti minggu pertama Ramadan.
Pengurus Besar Kanan Operasi Plus Malaysia Berhad (PLUS), Mohd Yusof Aziz berkata, pihaknya menjangkakan aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan meningkat 1.9 juta berbanding 1.7 juta pada hari biasa.
Katanya, faktor peningkatan aliran trafik itu dipengaruhi apabila warga kota mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena minggu pertama Ramadan serta minggu gaji.”Kami jangkakan aliran trafik hujung minggu ini akan sedikit meningkat mulai petang ini.
“Buat masa ini keadaan masih terkawal, namun mengikut kebiasaan, aliran trafik dari Lembah Klang akan sesak petang ini hingga ke awal pagi esok.”Ketika warga kota kembali ke Kuala Lumpur pula, kesesakan dijangka berlaku mulai pagi ke tengah hari Sabtu manakala Ahad selepas tengah hari,” katanya.
Semua kakitangan termasuk PlusRonda ujarnya sentiasa bersiap sedia dan beroperasi pada tahap optimum bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.
“Untuk hujung minggu ini tiada sebarang kerja penutupan jalan kecuali jika berlaku kecemasan.”Orang ramai juga dinasihatkan merancang perjalanan dengan mendapatkan info trafik terkini melalui medium rasmi Plus di Twitter, Putri via Plusapp atau menghubungi talian Pusat Traffik Plus.
“Pastikan baki kad dan e-wallet mencukupi serta memandu memandu dengan berhemah supaya selamat tiba di destinasi masing-masing,” katanya.
buletintv3.my |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sentiasa berhati-hati semasa memandu dan selamat menjalankan ibadah puasa |
|
|
|
|
|
|
|
Esok jammed lerrr .. tol!
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|