CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12058|Reply: 18

[Dunia] Pengembara Masa’ Beri Amaran, Dakwa Pandemik Seterusnya Bakal Berlaku Pada 2024,virus akan muncul dari dalam lapisan ais yang mencair.Anda bersedia?

  [Copy link]
Post time 25-3-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang individu yang mengaku sebagai ‘pengembara masa dari tahun 2714’ telah mengeluarkan amaran bahawa virus pandemik seterusnya akan muncul dari dalam lapisan ais yang mencair.

Memetik Daily Star, lelaki tersebut telah mengeluarkan amaran terperinci tentang peristiwa yang akan datang dalam dekad seterusnya. Ia termasuk dakwaannya tentang apa yang akan mencetuskan wabak pandemik global yang seterusnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Eno Alaric atau @theradianttimetraveller di TikTok telah memperoleh lebih 26,000 pengikut kerana berkongsi amaran peristiwa di masa depan.

Eno sebelum ini telah memuat naik sebuah video yang mendakwa bahawa terdapat kewujudan planet lain seakan Bumi, tentang alien dan juga portal ke dimensi lain.

Yang terbaru, Eno telah mendakwa bahawa dia tahu berkenaan butiran yang akan menyebabkan wabak global seterusnya, termasuk dari mana virus itu akan datang.

Dalam video terbaru tersebut, dia mendakwa bahawa virus terbaru itu akan muncul apabila lapisan ais kutub mula mencair akibat daripada pemanasan global.



Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Perhatian! Saya pengembara masa sebenar dari tahun 2714, ini adalah kejadian penting yang akan berlaku dalam 10 tahun akan datang,” kata pengguna TikTok itu.

Makhluk asing akan muncul
Menurutnya, pada tahun 2023, teleskop James Webb akan menemui makhluk asing. Makhluk itu menurutnya akan menyerap sejumlah besar tenaga daripada bintang-bintang dan Matahari.

Selain itu, dia juga mendakwa pada tahun 2024 akan muncul virus terbaru yang datang daripada lapisan ais dan akan menyebabkan satu lagi pandemik global. Virus itu kononnya akan menjangkiti lebih 350 juta orang dan menyebabkan orang ramai takut untuk keluar rumah.

2025: Koloni pertama akan tiba di Marikh, apa yang mereka temui benar-benar menakjubkan. Angkasawan menemui tulang manusia berhampiran tapak pendaratan yang membuktikan bahawa manusia pertama datang dari Marikh.

“2026: Suar suria terbesar dalam sejarah melanda Bumi. Suar suria ini menyebabkan global berada dalam kegelapan dan tiada bekalan elektrik selama enam minggu berturut-turut.

“2027: Pembersihan pertama bermula di California, Amerika Syarikat. Ia bermula hanya di California, kemudian pada tahun berikutnya ia akan menjadi cuti global,” tulis dakwaan amaran lelaki tersebut.

Setakat mana kesahihan amarannya masih tidak diketahui. Pengikutnya di TikTok bagaimanapun berbelah bahagi dengan dakwaannya itu sama ada mahu mempercayai senarai amaran itu atau tidak.

https://www.dailystar.co.uk/news/world-news/time-traveller-claims-next-pandemic-29500534

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Virus zombi kah??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Peduli hapa aku.. bukan hidup pun masa tu (2714)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar boleh percaya jangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-3-2023 12:36 AM
Peduli hapa aku.. bukan hidup pun masa tu (2714)

Bukan ramalan si time traveller tu untuk 2024 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat mana yg terlepaih spital bahagia ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 25-3-2023 01:28 PM
Bukan ramalan si time traveller tu untuk 2024 ke?

Mmg i sengaja komen mengarut... ape ke vongoks alien datang nak serap tenaga matahari?

Matahari tu bintang cenonet je warna pun oren..

Baik lah alien tu pergi melekap kat bintang warna biru or putih yg lg panas, besar.. buang masa & cost je datang kat matahari
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 11:49 PM | Show all posts
ni virus decepticon, spesifiknya jettfire.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:08 AM | Show all posts
yihhhhh sangat nak bagi amaran bagai. ko bagi jah amaran kat diri sendiri tu dulu ko pergi mengembara zaman ko dah hampir nak mampos lepas tu tengok live depan mata jenazah ko yang nak dikebumi tu biar bagi insop sikit diri tu lagi bagus kan babi?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Gam cap apaaa diaa ambik nie?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa masuk sbg berita penting isu mengarut camgini
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe kata dari tahun 2714. Ada kereta terbang tak? Boleh teleport merata? Tak cerita pulak keadaan 2714.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 26-3-2023 12:08 AM
yihhhhh sangat nak bagi amaran bagai. ko bagi jah amaran kat diri sendiri tu dulu ko pergi mengembar ...

dia tak boleh pegi jauh melepasi ajal dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 05:37 AM | Show all posts
sekngucing replied at 26-3-2023 02:52 AM
dia tak boleh pegi jauh melepasi ajal dia

pegi lah sebelum lepas ajal dia. sesaat ke seminit ke sebelum ajal tiba gituhhh. dah gedik sangat nak travel ke 2023 ni nak bagi amaran bagai khenss lepas tu ko kena back to the future balik ke 2714 alang2 tu singgah la kejap ke 2800 ke bila entah tarikh heshe nak meninggal tuhhh. yihhhh dekat diri sendiri pon tak boleh nak bagi amaran sibok jah nak bagi amaran kat orang apoooo

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 12:13 PM | Show all posts
Geng gila like juga ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-3-2023 05:49 AM
Mmg i sengaja komen mengarut... ape ke vongoks alien datang nak serap tenaga matahari?

Matahari  ...

Err matahari tu boleh di tukar ke tenaga elektrik.
I tak caya ramalan dia. Tapi i tahu mmg tenaga matahari
Boleh di cerap
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-3-2023 09:46 PM
Err matahari tu boleh di tukar ke tenaga elektrik.
I tak caya ramalan dia. Tapi i tahu mmg tenaga  ...

I know.... tp energy nuclear fusion dekat matahari tak sebanyak bintang lain yang warna biru or white or other super giants (lebih byk volume, energy and lebih panas).. rugi la alien dtg kat matahari sendu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 26-3-2023 02:01 PM
I know.... tp energy nuclear fusion dekat matahari tak sebanyak bintang lain yang warna biru or wh ...

Could be pengetahuan alien terbatas mcm kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068354 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list