CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12126|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat 2 April

[Copy link]
Post time 24-3-2023 09:59 PM | Show all posts |Read mode
PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat 2 April

24 Mac 2023   08:48pm






Chow Kon Yeow




GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat tersebut dijadual dihadiri semua pemimpin parti gabungan PH bagi membincangkan kerjasama, sebelum rundingan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu.

"Tarikh mesyuarat PH pusat belum ditentukan...kita habiskan mesyuarat dalaman PH negeri (dahulu) yang (dijangka) akan diadakan pada hari Ahad, 2 April," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bazar Ramadan Prangin Mall 2023 di sini pada Jumaat.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, selepas mesyuarat dalaman PH negeri, gabungan itu akan mengadakan perbincangan dan rundingan dengan BN Pulau Pinang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Pulau Pinang antara enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang akan mengadakan PRN pada tahun ini. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list