CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12556|Reply: 0

[Kedah] Program Rakan Muda akan dilancar semula

[Copy link]
Post time 24-3-2023 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Program Rakan Muda akan dilancar semula

oleh   NURUL HIDAYAH HAMID  24 Mac 2023  07:57pm








Adam Adli menyerahkan sumbangan kepada asnaf pada Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan @ Alor Setar di Dataran Bandar, di sini, pada Jumaat.




ALOR SETAR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka melancarkan semula program Rakan Muda dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pemerkasaan semula program Rakan Muda dengan pelbagai penambahbaikan dibuat demi menyediakan peluang lebih luas kepada golongan belia.

"Insya-ALLAH, selepas raya (dan dalam tempoh) terdekat.Mekanisme semua memang sudah lengkap untuk jadikan di bawah Rakan Muda ada banyak sektor-sektor yang sebenarnya boleh buka peluang dan platform kepada mana-mana individu mahupun pertubuhan terlibat secara langsung.

"(Melalui program Rakan Muda), lebih banyak sumber dan akses kepada belia dan sebagainya," katanya pada Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan @ Alor Setar di Dataran Bandar, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusufengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Nizam Ismail dan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, Azfar Abdullah.

Beliau memaklumkan, setiap Jabatan Belia negeri sememangnya masih mempunyai Pejabat Rakan Muda dan ia masih berjalan seperti biasa cuma kita mahu ia dijadikan wadah utama KBS semula.

“Rakan Muda ini memang sentiasa berjalan, tinggal lagi kita perlukan jadikan ia ‘flagship’ kembali (dan) jadikan aktiviti dan wadah utama KBS semula," katanya.

Adam Adli berkata, ia memandangkan Rakan Muda ini terbukti menjadi satu program yang berjaya untuk menarik ramai orang dan penglibatannya mampu mencapai jutaan orang.




"Jadi, itu yang kita ingin capai tahun ini dan seterusnya akan dibesarkan lagi pada tahun hadapan, jadi tunggu kerana program ini akan dilancarkan oleh Menteri KBS sendiri nanti,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan KBS akan memperkasakan semula program Rakan Muda menerusi pelbagai penambahbaikan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.

Rakan Muda adalah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan pernyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.154892 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list