CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12828|Reply: 0

[Perlis] Bazar Ramadan Persiaran Wawasan perintis Bazar Ramadan Rahmah di Perlis

[Copy link]
Post time 24-3-2023 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Bazar Ramadan Persiaran Wawasan perintis Bazar Ramadan Rahmah di Perlis


Oleh Aizat Sharif - Mac 24, 2023 @ 6:26pm bhnews@bh.com.my






Fakhrul Anwar (tengah) bersama Pengarah KPDN Negeri Perlis, Norazah Jaapar (kanan) menyampaikan gegantung Menu Rahmah kepada peniaga Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar. - NSTP/AIZAT SHARIF




Kangar: Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini dipilih sebagai perintis kepada Bazar Ramadan Rahmah di Perlis.

Selaras inisiatif itu, 39 daripada 79 peniaga di bazar Ramadan terbabit menyertai program berkenaan, sekali gus menawarkan pelbagai menu makanan dan minuman berkonsepkan Rahmah pada harga maksimum RM5.

Pengerusi Jawatankuasa Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Fakhrul Anwar Ismail, berkata inisiatif itu selaras pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 22 Februari lalu yang mahukan Bazar Ramadan Rahmah dilaksanakan di seluruh negara dengan satu mekanisme yang boleh dilaksanakan secara menyeluruh.

Pada tahun ini, katanya, Bazar Ramadan Persiaran Wawasan dipilih menjadi lokasi perintis Bazar Ramadan Rahmah di Perlis dan ia julung kalinya diadakan.

"Apa yang membanggakan, pembabitan 39 peniaga beraneka jenis juadah berbuka puasa yang secara sukarela menyertai program ini dengan menawarkan pelbagai Menu Rahmah pada harga maksimum RM5.

"Peniaga ini menjual beraneka jenis juadah di gerai mereka dan pada masa sama tidak ketinggalan menyelitkan satu atau dua juadah yang dijual di premis mereka sebagai Menu Rahmah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program 'Walkabout' Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, di sini hari ini.

Program anjuran KPDN Perlis itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri, MPKPs dan rakan strategik kementerian iaitu Pen Petroleum Sdn Bhd yang mengendalikan syarikat petroleum Caltex serta penyedia platform 'e-wallet' seperti Maybank dan Boost bagi penganjuran Bazar Ramadan Rahmah ini.

Fakhrul Anwar berkata, bagi menghargai inisiatif peniaga yang menyertai program itu, mereka diberikan insentif seperti pemberian kad petrol Caltex bernilai RM50.

"Melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) juga, katanya, peniaga menerima e-wallet berjumlah RM30 bagi pendaftaran baharu (pendaftaran kali pertama) daripada penyedia platform itu.

"Kita juga menawarkan kepada 1,000 pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan kredit berjumlah RM20 seorang bagi pendaftaran baharu daripada penyedia 'e-wallet' bermula hari ini dan bagi setiap kali penganjurannya.

"Insentif ini akan diteruskan pada setiap Khamis di bazar ini oleh KPDN Perlis dan juga penyedia e-wallet," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083577 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list