CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13252|Reply: 0

[Kedah] Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda singgah Sungai Petani, rai 28 anak yatim

[Copy link]
Post time 24-3-2023 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda singgah Sungai Petani, rai 28 anak yatim


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 24, 2023 @ 5:51pm bhnews@bh.com.my






Imran Aqil menyampaikan sumbangan penaja kepada penjaga Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra, Mohd Shafizal Mohd Jiwa. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI




BHZIARAS-P/ Sungai Petani: Selepas Pulau Pinang, Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda dilancarkan Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) meneruskan program jelalah di daerah ini hari ini dengan aktiviti berkonsep turun padang.

Seramai 25 kru yang terbabit menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra di Merbok, di sini, sebagai pengisian utama program hari ini.

Program bermula 2.30 petang itu sebahagian daripada atur cara untuk meraikan 28 anak yatim berusia antara sembilan hingga 17 tahun yang menghuni rumah kebajikan itu.

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda turut mengagihkan pakej set iftar iaitu sumbangan minuman isotonik, beberapa peralatan sukan, 10 unit kotak rezeki yang mengandungi makanan kering untuk kegunaan sepanjang bulan puasa ini.

Sungai Petani adalah destinasi pertama dikunjungi skuad ini di Kedah, sebelum disusuli Sik hari ini dan kemudian ke Perlis. Semalam, skuad ini berada di Pulau Pinang.

Penyampai Hot FM, Mohammad Imran Aqil Salehuddin atau lebih dikenali Imran Aqil, berkata selain mengecat pagar, mereka turut melakukan aktiviti mini taman bunga serta menghias sudut bergambar dan dedikasi kad ucapan hari Raya bersama anak-anak yatim.

Selain itu, katanya, mereka melakukan gotong-royong membersihkan halaman rumah pertubuhan itu, selain menghias rumah kebajikan berkenaan dengan cantik untuk memberi keseronokan kepada penghuni di situ.



Imran Aqil mengecat pagar Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra di Bandar Laguna Merbok sewaktu kunjungan Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Media Prima. - NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI

"Kami juga akan berbuka puasa bersama semua anak-anak yatim ini di Hotel Park Avenue supaya mereka lebih dekat dengan kami walaupun kehilangan orang tersayang.

"Tujuan program ini untuk bermesra, merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak Media Prima dengan orang ramai," katanya ketika ditemui semalam.

Pelakon dan Penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz berkata, walaupun cuaca agak panas di Kedah, semua kru seronok dapat bersama anak-anak yatim di rumah kebajikan itu melakukan pelbagai aktiviti disediakan.

Katanya, antara paling seronok adalah ketika mendedikasikan kad ucapan hari raya kerana generasi sekarang tidak lagi menerima dan menghantar kad itu disebabkan adanya kad ucapan digital.

Sementara itu, Penjaga Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra, Mohd Shafizal Mohd Jiwa, mengucapkan terima kasih kepada Media Prima atas kunjungan itu yang juga pertama diterima rumah kebajikan berkenaan Ramadan ini.

"Semua sumbangan diberikan dapat digunakan sepenuhnya oleh rumah kebajikan ini dan penghuninya memandangkan kami memang mengharapkan sumbangan orang ramai," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064657 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list