CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4662|Reply: 0

[Perlis] Peniaga kedai ubat didenda RM5,000 miliki mercun, bunga api tanpa permit

[Copy link]
Post time 24-3-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga kedai ubat didenda RM5,000 miliki mercun, bunga api tanpa permit


Oleh Aizat Sharif - Mac 24, 2023 @ 3:28pm bhnews@bh.com.my






Tertuduh, Lim Thiam Hock (berbaju T merah) dibawa ke Mahkamah Kangar oleh anggota polis. NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Seorang peniaga kedai borong dan ubat ubatan didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, kerana memiliki 1,715 kotak bahan letupan berisi mercun dan bunga api tanpa kebenaran di Jalan Bukit Lagi, di sini, Selasa lalu.

Terdahulu, tertuduh, Lim Thiam Hock, 55, yang memakai baju kemeja T berwarna merah mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Thiam Hock didapati memiliki 36 kotak besar di mana di dalamnya terdapat 1,715 kotak berisi bahan letupan yang terdiri daripada mercun dan bunga api jenama Happy Boom tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang di sebuah premis di Lorong Meranti, Jalan Bukit Lagi, Kangar jam 5 petang, pada 21 Mac 2023.

Oleh itu, tertuduh sudah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dihukum mengikut seksyen samaJika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.






Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hapiz Rajali dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tengku Ruqayyah dalam hujahannya memohon mahkamah memberikan satu hukuman setimpal atas kesalahan dilakukan tertuduh.

Sementara Mohd Hafiz dalam rayuannya pula memohon mahkamah agar memberikan satu hukuman denda yang minima kepada anak guamnya disebabkan tertuduh sudah mengaku bersalah dan ia menjimatkan masa bagi pengurusan mahkamah.

Selain itu, Mohd Hafiz juga merayu mahkamah supaya mengambil pertimbangan bahawa tertuduh sudah berkahwin mempunyai empat anak termasuk dua orangnya yang masih bersekolah.

Malah, Mohd Hafiz turut menjelaskan bahawa Thiam Hock juga harus membawa bapanya yang uzur untuk mendapatkan rawatan dialisis, selain menanggung ibunya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM5,000 dan tertuduh boleh dipenjarakan selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh kemudian membayar denda.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 1.758852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list