CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5218|Reply: 0

[Perlis] 4 nelayan dicekup cuba seludup diesel ke Thailand

[Copy link]
Post time 24-3-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode
4 nelayan dicekup cuba seludup diesel ke Thailand


Oleh Aizat Sharif - Mac 24, 2023 @ 2:23pm bhnews@bh.com.my






Martitim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot yang cuba menyeludup diesel secara haram ke Thailand di perairan Kuala Perlis. - Foto NSTP/Maritim Malaysia




KANGAR: Empat nelayan termasuk dua warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Martitim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana cuba menyeludup diesel secara haram ke Thailand di perairan Kuala Perlis, di sini semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.23 petang selepas anggotanya yang sedang melakukan rondaan rutin Op Aman ternampak sebuah bot nelayan Kelas C sedang melalui perairan berkenaan pada kedudukan 2.3 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis menuju sempadan perairan Malaysia-Thailand.

"Penahanan suspek dibuat adalah hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis dalam beberapa minggu lalu.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, bot itu dikendalikan seorang tekong warga tempatan dan tiga awak-awak yang mana dua daripadanya adalah warga Thailand berusia dalam lingkungan 39 hingga 46 tahun," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu diubahsuai dengan menambah ruang tangki minyak yang mana bekalan diesel cuba diseludup itu akan diisi pada ruang berkenaan.

"Anggaran nilai diesel yang dirampas adalah sebanyak 8,000 liter dengan nilai RM16,000 menjadikan jumlah nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, dan minyak diesel adalah menjadi RM 216,000.

"Bot bersama semua kru serta hasil tangkapan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana mengubahsuai tangki minyak tambahan tanpa kebenaran dan melanggar syarat sah lesen, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar diesel bersubsidi dan Seksyen 239 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1988 kerana penggunaan dan pemilikan peranti komunikasi yang tidak mengikut piawaian.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.631952 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list