CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6112|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bekas Datuk Bandar MBPP meninggal dunia

[Copy link]
Post time 24-3-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Datuk Bandar MBPP meninggal dunia


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my





MANTAN Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Patahiyah Ismail meninggal dunia, di sini. FOTO Tular




Georgetown: Mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Patahiyah Ismail meninggal dunia, di sini, semalam.

Difahamkan, Allahyarhamah menghembus nafas terakhir di rumahnya selepas pulang menerima rawatan akibat diabetes dan darah tinggi di sebuah klinik.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gelugor selepas solat Asar, semalam.

Pemergian Allahyarhamah turut dikongsi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menerusi hantaran di laman sosial Facebook.

Beliau juga turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

"Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail yang menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi (semalam).

"Saya berharap seluruh ahli keluarga, kenalan dan rakan Allahyarhamah bersabar serta tabah dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

"Bakti dan jasa Allahyarhamah kepada negeri Pulau Pinang adalah amat dihargai dan tiada silih gantinya," katanya, di sini.

Sementara itu Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang berkata, Allahyarhamah juga adalah ketuanya semasa bertugas di Jabatan Kawalan Bangunan.

"Saya berasa syukur dan berterima kasih atas segala tunjuk ajar (daripada) Arwah. Segala bakti jasa Datuk Patahiyah kepada MBPP dan negeri Pulau Pinang tidak pernah dilupai," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Allahyarhamah adalah wanita pertama yang dilantik ke jawatan Datuk Bandar MBPP pada bulan Mac 2015.

Beliau juga adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 2010.

Terdahulu, beliau menyertai MPPP sebagai arkitek di Jabatan Bangunan pada tahun 1985 dan maju ke jawatan setiausaha MPPP sebelum dilantik sebagai YDP menggantikan Tan Cheng Hui yang bersara awal.




Disiarkan pada: Mac 24, 2023 @ 11:57am












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2023 01:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054717 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list