CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5174|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peruntukan Bantuan Penang 2030 COOP Grant 2023 ditambah

[Copy link]
Post time 24-3-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Peruntukan Bantuan Penang 2030 COOP Grant 2023 ditambah

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  24 Mac 2023   12:42pm






Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek Bantuan Penang 2030 COOP Grant kepada wakil SKM Pulau Pinang pada sidang akhbar pada Jumaat.




GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan RM450,000 Bantuan Penang 2030 COOP Grant bagi tahun ini kepada koperasi yang layak di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, sebanyak 74 buah koperasi melibatkan keanggotaan 191,000 anggota telah menerima manfaat daripada bantuan tersebut sejak ia dilaksanakan pada 2021.

Menurutnya, Bantuan Penang 2030 COOP Grant mula dilancarkan pada Februari 2021 dengan jumlah bantuan geran sebanyak RM300,000.

"Pada 2022, jumlah bantuan geran sama dengan tahun sebelumnya iaitu RM300,000. Oleh itu, jumlah keseluruhan setakat ini yang disalurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam bantuan ini termasuk bagi tahun 2023 iaitu RM450,000 adalah RM1.05 juta.

"Penambahan daripada jumlah asal iaitu RM300,000 kepada RM450,000 berdasarkan penglibatan aktif koperasi dalam membantu komuniti serta rekod prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh koperasi yang telah menerima manfaat sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Komtar pada Jumaat.

Beliau menambah, koperasi kecil dan sederhana selain koperasi yang memerlukan pertambahan modal boleh mula memohon bantuan geran ini bermula Jumaat.

"Kesemua permohonan akan dinilai sebelum kelulusan diberikan. Bantuan Penang 2030 COOP Grant ini meliputi dua kategori iaitu permohonan bagi tujuan infrastruktur atau modal pusingan berjumlah RM10,000 maksimum bagi setiap koperasi yang memohon serta mengikut keputusan Jawatankuasa Penilai.

"Penetapan jumlah maksimum ini ditetapkan selaras dengan objektif Bantuan Penang 2030 COOP Grant bagi memberi peluang kepada koperasi yang benar-benar memerlukan untuk memulakan atau memulihkan perniagaan mereka.



"Tujuan bantuan ini adalah membantu perniagaan koperasi yang terpaksa menanggung kerugian sekali gus memberi peluang kepada koperasi yang terkesan untuk bangkit semula," katanya.

Beliau berkata, Pulau Pinang adalah negeri pertama yang menyediakan bantuan berbentuk geran ini dalam usahanya memperkasakan peranan gerakan koperasi untuk terus relevan dan berdaya saing dalam memacu pertumbuhan sosio-ekonomi rakyat, negeri serta negara.

"Jumlah keanggotaan 191,000 ahli koperasi daripada 795 buah koperasi itu menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap kesedaran berkoperasi dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Unjuran yang dibuat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang berhubung prestasi gerakan koperasi di negeri amat memberangsangkan. Sebanyak RM283 juta perolehan pendapatan dicatatkan Koperasi Pulau Pinang pada 2022 berbanding RM261 juta pada tahun sebelumnya," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058278 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list