CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3764|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pernah digelar Little Mecca

[Copy link]
Post time 24-3-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-3-2023 09:24 AM

Pernah digelar Little Mecca


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my







Georgetown: Masjid Melayu Lebuh Acheh di sini pada sekitar abad ke-18, cukup terkenal sebagai institusi agama terkemuka selain membangun dengan kegiatan perdagangan rempah serta gedung penerbitan dan percetakan.

Malah, masjid berusia lebih 200 tahun itu juga pernah menjadi lokasi jemaah haji berlepas dari sekitar tanah air, Indonesia dan Thailand ke Tanah Suci Makkah pada pertengahan abad ke-19.

Justeru, tidak hairanlah jika suatu masa dahulu, ia mendapat gelaran Jeddah Kedua atau Makkah Kecil (Little Mecca) yang bermaksud pusat segala urusan berkaitan ibadat haji.

Masjid berstatus Warisan Negara dan diiktiraf Jabatan Warisan Negara Malaysia pada 2006 itu dibina oleh pedagang rempah berketurunan Arab yang juga kerabat diraja Acheh, Tengku Syed Hussain Idid selepas berhijrah ke Pulau Pinang pada 1791.

Beliau kemudian membuka penempatan dan bagi kemudahan penduduk, masjid berkenaan dibina pada 1808 dengan menggabungkan senibina Moorish, China dan klasik.




Pada bahagian hadapan, masjid ini menempatkan menara, dewan solat utama, telaga yang tidak pernah kering, rumah agamawan Syed Mohamad Al-Habshee, Madrasah al-Quran Al-Mashoor, rumah Mufti Pertama Pulau Pinang, rumah keluarga dan makam Tengku Syed Hussain Idid selain Galeri Haji Pulau Pinang.

Terdapat sebuah mihrab di bahagian hadapan dalam dewan masjid bagi kegunaan imam yang dibina berlekuk ke dalam dan apabila berada di dalamnya, suara imam yang nyaring akan bergema dan melantun kerana pada masa itu, belum ada pembesar suara.

Menurut Syed Salim Syed Ali Al-Mufathal, sewaktu musim haji sekitar abad ke-19, kawasan berkenaan menjadi sibuk dengan aktiviti ibadat, pembelajaran agama serta pengurusan haji, kira-kira tiga bulan sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan haji.

SYED Salim menunjukkan telaga di Masjid Melayu Lebuh Acheh yang pernah digunakan jemaah bagi mengambil wuduk dan airnya tidak pernah kering hingga ke hari ini. Foto Zuhainy Zulkiffli

Diceritakan semula sejak bergenerasi, Syed Salim berkata, sekitar kawasan masjid akan dipenuhi dengan jemaah dan ahli keluarga malah dikatakan, permintaan dan tempahan hotel serta rumah tumpangan juga turut penuh.

"Ada dalam kalangan penduduk yang menjadikan rumah mereka untuk disewa ahli keluarga jemaah, perniagaan kecil dan besar juga peroleh keuntungan menjadikan ekonomi di sini bertambah makmur.

"Tambang dan pengurusan haji yang diuruskan mutawif pada masa itu adalah sekitar RM1,500 dan RM1,800 bagi kelas pertama yang mana terdapat beberapa kapal laut bagi membawa jemaah.

"Ada beberapa peristiwa iaitu Kapal Malaysia Kita dan Malaysia Raya terbakar serta terbalik ketika berlabuh dalam dua kejadian berasingan serta Perang Dunia Kedua yang mana selepas itu, pengurusan haji diambil alih Tabung Haji dengan menggunakan pesawat sebagai pengangkutan ke Tanah Suci Makkah," katanya yang juga antara generasi mutawif di situ.



SEBAHAGIAN daripada lebih 40 koleksi barangan lama berkaitan dengan Masjid Melayu Lebuh Acheh kini ditempatkan di Galeri Haji Pulau Pinang. Foto Zuhainy Zulkiffli

Antara mutawif tersohor ketika itu ialah Jamil Rawa, Salih Rawa dan Haji Abdul Hayy Rawa manakala pejabat pengurusan haji pula kini dijadikan Galeri Haji Pulau Pinang yang menempatkan sehingga 40 koleksi barangan lama milik jemaah haji selain penceritaan sejarahnya.

"Masjid ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan orang ramai termasuk pelancong asing kerana ia terletak di Tapak Warisan Dunia Unesco, malah sepanjang Ramadan, ia diimarahkan lagi dengan program keagamaan," katanya ketika ditemui.







MASJID Melayu Lebuh Acheh yang dibina pada tahun 1808, pernah menjadi institusi keagamaan terkemuka di Nusantara. Foto Zuhainy Zulkiffli

Disiarkan pada: Mac 24, 2023 @ 7:02am











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2023 09:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.188614 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list