CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11917|Reply: 7

[Tempatan] Walaupun DAP telah menjadi kerajaan,Kit Siang tetap ramal Malaysia jadi negara gagal tiga dekad lagi berpunca dari polarisasi kaum.Apa lagi uncle mau?

  [Copy link]
Post time 24-3-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang meramalkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah-belah dan kleptokratik dalam masa tiga dekad akan datang.

Menurut beliau, gejala korupsi, perpecahan serta polarisasi kaum dan agama di negara ini pada 2020 adalah lebih buruk berbanding dengan ketika Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991.

Sehubungan itu, Kit Siang mencadangkan agar sidang Parlimen yang dijadualkan berakhir pada 4 April ini dilanjutkan dua hari lagi bagi membahaskan mengenai kegagalan Wawasan 2020.

“Seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui sebab mengapa Wawasan 2020 gagal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Wawasan 2020 yang dirangka ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat bertujuan menjadikan Malaysia sebukan negara perindustrian dan maju sepenuhnya menjelang 2020.

Selain kemajuan ekonomi, Wawasan 2020 turut memberi tumpuan terhadap aspek politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional dan sosial.

Kit Siang menambah, Parlimen juga seharusnya meluluskan usul bagi menyokong sembilan cabaran strategik sebagai dasar pembangunan bangsa untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Ada sesuatu yang tidak kena sekiranya terdapat Ahli Parlimen yang membantah sembilan cabaran strategik tersebut kerana ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan lima prinsip Rukun Negara,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar usul tersebut disusuli dengan perbahasan mengenai isu yang sama di seluruh negara.

“Kejayaan langkah-langkah itu akan menentukan sama ada Malaysia dapat diselamatkan dan kembali kepada prinsip pembangunan bangsa yang asal seperti yang telah dipersetujui oleh pengasas-pengasas penubuhan negara ini,” jelasnya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul pun...polarisasi kaum kat Malaysia ni teruk.

Maybe akan berlaku satu Revolusi besar di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:19 AM | Show all posts
Bilalah nak mampus

tapi bila dah mampus

anak dia pulak merapu mcm dia.

sama mcm kapal S tu anak pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols cuma doa yg terbaik je utk negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah bercakap pasal perpaduan jika sejak dari kecik lagi budak-budak masuk sekolah berasingan berdasarkan kaum. Orang duk salahkan kenapa sekolah kebangsaan jadi macam sekarang,iaitu islamik sangat. Puncanya adalah apabila yang masuk situ rata-rata melayu,maka keluarlah rules yang tailored kepada melayu islam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:14 AM | Show all posts
tapi kaum cina tidak cukup ramai utk reversekan sbb ramai yg keluar
mgkin perlu import cina tanah besar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2023 11:38 AM | Show all posts
menurut beliau, gejala korupsi, perpecahan serta polarisasi kaum dan agama di negara ini pada 2020 adalah lebih buruk berbanding dengan ketika Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991.


couldn't agree more..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Vision 2020
2. Islam hadari
3. 1 mesia
4. Kuarge mesia
5. Madani
6. Wat else
7. Wat else

Ko create la 1001 polisi pun

mmg hujung kelaut takat

negara mesia nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.080566 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list