CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 0

[Tempatan] MRSM berbayar kehendak alumni sendiri - Asyraf Wajdi Dusuki

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 23-3-2023 04:52 PM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini mendedahkan cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dizahirkan oleh kehendak alumni institusi pendidikan itu sendiri, yang mahukan model pengajian yang sama diberikan kepada anak-anak mereka.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan MRSM berbayar adalah bertujuan bagi menyantuni kehendak kumpulan yang bersedia membayar dan mahukan model pengajian yang yang sama.

Katanya, ketika ini MRSM sudah melahirkan hampir 200,000 alumni yang berjaya dan kebanyakannya kini berada dalam kelompok M40 dan T20.

"Sepanjang Penubuhan MRSM sejak 1972, sudah 51 tahun institusi ini berperanan melahirkan generasi teknokrat, cendekiawan, profesional dalam pelbagai bidang yang hebat dan menyumbang kepada kemajuan negara.

"Hari ini hampir 200,000 alumni MRSM dilahirkan dan berjaya malah kebanyakannya adalah dari kalangan M40 dan T20. Sudah tentu mereka juga mahu menghantar anak-anak mereka kerana percaya kepada sistem, orientasi, kurikulum dan model MRSM.

"Bagaimanapun, kecenderungan ini terhalang kerana keutamaan MARA adalah memfokuskan kepada B40 ," katanya kepada BH, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi semalam mencadangkan supaya MRSM untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi diwujudkan, setelah menerima pandangan daripada ramai pihak.

Beliau berkata, MRSM berbayar itu boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp).

Katanya, ibu bapa daripada golongan elit yang sanggup menanggung kosnya walaupun berkemampuan menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah elit swasta antarabangsa.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan penubuhan MRSM berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM terbabit.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, ketika ini pihak MARA sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan mengenai cadangan itu termasuk melakukan kajian lapangan persepsi daripada pelbagai kumpulan taruh.

Beliau berkata, tiada dana kerajaan perlu disumbangkan dalam kos membina MRSM berkenaan sebaliknya ia boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan.

"Antaranya termasuk secara PFI (Inisiatif Kewangan Swasta) serta wakaf malah kos operasi adalah melalui yuran yang dibayar oleh ibu bapa," katanya.

Kata Asyraf Wajdi lagi, walaupun ia bersifat berbayar, MRSM tidak akan berkompromi dengan kualiti dan keputusan pengajian seseorang pelajar.

"Sekali pun MRSM baharu berbayar benar-benar dibangunkan kelak, ini tidak bermakna misi, orientasi dan kualiti MRSM boleh dikompromikan.

"Malah keutamaan kepada B40 akan tetap diberikan dan terus dilaksanakan di 55 MRSM yang sedia ada," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1080888/mrsm-berbayar-kehendak-alumni-sendiri-asyraf-wajdi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.120633 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list